klik-klik

Tuesday 14 June 2011

Mawar itu sangat cantik....

Ummi sangat suka pada bunga. Tambah-tambah bunga segar. Sempena hari jadi en suami tercinta yang lepas, ummi telah menempah bunga yang agak banyak. Cadangnya mahu beri pada En suami sebanyak 50 kuntum, tapi tidak kesampaian kerana susah nak gubah. Akhirnya hanya 36 kuntum sahaja yang ummi mampu buat. Selebihnya itu ummi pun gubahlah 5 kuntum sebanyak 3 set untuk diberi kepada kawan-kawan ummi. Pemberian ini sebagai tanda ummi menghargai dan tanda terima kasih atas persahabatan yang terjalin selama ini. Kepada Kak Jijan, Kak Niza dan Wani, terima kasih kerana sudi menerima sedikit tanda ingatan dari saya. Kepada Puan Shida harap jangan kecil hati kerana tidak menerima bunga dari saya. Untuk puan Shida ada sesuatu yang istimewa untuk anda bila naik kerja selepas cuti bersalin nanti.

Bunga mawar merah...

1 comment:

  1. tengkiu yan bagi bunga tue ... ;)
    masih ada lagi atas meja akak ... ;)

    ReplyDelete