klik-klik

Thursday 25 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam ramadan, salam aidilfitri kepada semua pembaca blog ummi. Dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap. Tahun ini ummi beraya di kampung ayah dahulu. Ikut giliran supaya adil. Bagi ummi raya mana-mana pun sama, yang penting dapat bersama keluarga. Oklah...nanti jumpa selepas raya yer.... upload gambar raya...

Thursday 18 August 2011

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan...

Syukur ke hadrat illahi kerana ayah selamat dari kemalangan jalanraya. Ayah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 16 Ogos 2011 yang lepas. Kereta yang dinaikki ayah terbabas selepas melanggar kelopak air di lebuhraya Plus selepas hentian Tapah. Kereta yang mereka naikki terbabas dan berpusing sebelum menghemtan pembahagi jalan. Syukur sangat-sangat kerana ayah dah rakan sekerjanya tidak cedera. Cuma kereta yang mereka naikki kemek sedikit di bahagian belakang. Dalam keaadaan hujan lebat ayah menelefon operator plus untuk meminta bantuan seterusnya membuat laporan polis. Syukur sangat-sangat... Semoga Allah selamatkan keluarga kami dari perkara yang tidak diingini... amin...