klik-klik

Thursday 30 December 2010

Sedihnyerrr....

Ummi sedih betul tengok Iqram bila hantar dia pergi rumah babysitter. Sejak 3 hari lepas Ummi yang hantar pergi rumah babysitter sebab Ayah outstation. Masa dukung dia nak bawak gi rumah babysitter dia ok, tapi bila Mak Su ambil jer, terus nangis. Kesian betul tengok dia. Sebelum ni Ayah yang hantar pagi2, ptg Ummi yang ambil. Masa Ayah hantar tak der plak Iqram nangis, siap babai2 lagi.. Memang sejak Ayah outstation Iqram agak manja sikit. Malam2 pun asyik nak berkepit jer dengan Ummi. Pastu alasan paling best dia buat bila nak dukung...buat2 nangis...sangat manja anak Ayah ni..pastu tak boleh kena tegur skit..teruslah meraung macam kena dera...malam-malam time nak tido Iqram ok skit... tak der lah meragam sangat.. lega Ummi.... Ayah cepatlah balik yer... Ummi tak larat dah nak bangun buat susu 'n' tukar pampers Iqram...Nasib baik esok dapat cuti free...Pasukan Malaysia menang bola lawan Indonesia...Tahniah2...

Wednesday 29 December 2010

1st time checkup Tanpa Ayah

Buat pertama kalinyer ummi kena hantar Iqram Check up tanpa ayah. Mula-mula rasa macam risau jugak. Boleh ker Ummi bawak Iqram sorang-sorang pi klinik ni? Tapi boleh ker tak boleh Ummi kena pegi sorang jugak sebab Ayah kena gi Outstation. Sebenarnya ayah dah apply cuti awal lagi, tapi last minute bos suruh outstation jugak. So terpaksalah ummi pergi sendiri. Sebelum nak pergi klinik tu, Iqram tido. Dalam pukul 1.30 tgh Iqram tak bangun lagi. Ummi pun kejutkan Iqram. "Iqram, bangun sayang, jom tukar baju ,ummi hantar gi klinik". Dengan mamai2 Iqram terus bangun pastu nk dukung gi klinik. Alhamdulillah Iqram tak nangis. Lepas siap2 ummi pun bawak Iqram naik kereta. Dalam kereta ummi baringkan Iqram lepas tu bagi minum susu. Elok jer dia baring dalam kereta. Rasanyer Iqram ngantuk lagi. Sampai kat klinik dia pun ok jer..ummi ajak iqram timbang berat badan dah ukur tinggi. Baru 12 kg berat Iqram, tinggi 87cm. Lama jugak kat klinik tu, sepatutnyer Iqram makan ubat cacing, tapi nurse tu kata jadual dah tukar, 2 tahun nnt baru makan ubat cacing. So, lepas nurse tanya tu tanya ni... ummi pun balik. Cadangnyer nak gi jalan-jalan dengan Iqram, tapi tak jadi, terus balik rumah sebab byk keje tak buat lagi kat rumah. Masa balik pun Iqram behave sangat. Tak derlah nak duduk kat pangku ummi masa drive.. Balik tu ummi singgah kedai beli susu dan vitagen untuk Iqram. Suka betul Iqram minum vitagen.. Nanti ummi beli lagi vitagen untuk Iqram yer....lain macam pulak rasanyer bila gi klinik ngan Iqram berdua jer. Jalan nak pi klinik pun ummi ingat-ingat lupa...hahahha...Biasa ayah yang drive pi klinik, ummi plak, tau2 dah sampai....bila kena drive sendiri mulalah menggagau cari jalan...

Thursday 23 December 2010

i-city (18/12/10)

Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi i-city kat Shah Alam. Baru berkesempatan nak pergi sana. Seronok tengok lampu- lampu yang pelbagai warna tu. Rasa macam duduk dalam 'dunia cahaya' plak.. hehehe...seronoknyer...ummi plak yang terlebih excited...Iqram ngan Ayah relaks jer... Sebenarnya dah lama ummi ajak ayah pi i-city ni, tapi keadaan tak mengizinkan, asyik sibuk jer dengan macam-macam hal.. Tapiiii bila dah dapat pergi sonok lah ummi...apa yang di hajati tercapai...hahaha..terima kasih ayah sebab bawak ummi ngan Iqram pi i-city..Iqram plak bila sampai sana, nak amik gambar ngan bear, dinasour, tiger asyik takut jer...tak taulah kenapa? Pastu bila suh pandang camera tak mau dah....jomlah layan gambar yang sempat ummi tangkap...

Thursday 16 December 2010

Hari Asyura 10 Muharam

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka


Note: Sharing is caring

Wednesday 15 December 2010

Riccardo SALE.....

Hari jumaat minggu lepas ummi dan kawan-kawan ummi gi SACC Mall sajer nk pi tengok sale dekat Riccardo. Sebenarnya ummi ada plan nk beli penimbang dengan bekas kuih. Sebelum ni dah tengok katalog dekat kawan. Memang ummi berkenan sangat nk beli 2 item ni. Sampai jer kat sana terus ummi carik barang yg ummi nak beli. Nasib baik masih ada stok..Lepas dapat barang yang ummi berkenan tu, sajer jer lah cuci2 mata tgk barang lain...uishhh memang geram rasanyer...kalau byk duit...mmg syok sopping ni..tapi duit pun tak berapa nak ado kan...so beli jerlah yg 2 tu dulu..kalau ada rezeki nnt ummi nak beli dulang, tempat kek, periuk dan macam2 lagi...mmg murah lah...sale ni sampai 30/1/2011...jom layannn gambar...
Bekas kuih ni harga asal dia RM 199.00 less 70% (RM59.70)
Penimbang Riccardo ni harga asal RM 236.00 less 70% (RM 71.70)

Monday 13 December 2010

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana memurahkan rezeki kepada kami sekeluarga. Rezeki apa?...rezeki dalam penternakan ikan keli. 4 bulan yang lepas ummi dan kakak ummi telah menjalankan penternakan ikan keli dibantu oleh ayah dan emak serta adik beradik yang lain. Sekarang ikan keli sudah besar dah boleh di jual. Setakat dah dah 128 kg ikan telah dijual. Masih banyak lagi yang belum di jual. Ummi mohon pada Allah supaya ada pembeli yang ingin membeli ikan keli itu nanti. Pada kawan-kawan yang ingin ikan keli bolehlah berhubung dengan ummi. Ikan keli ummi hanya diberi makan pallet, halal dan tidak berbau hanyir kerna diternak didalam kolam simen dan diberi vitamin untuk melawan segala penyakit. Harap-harap projek ummi ini akan berjaya, berkembang dan terus maju...aminnn

Thursday 9 December 2010

Puasa Sunat

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN



Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.



FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)



FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN



1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH

HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)

SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA

PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN

PUASA ORANG YANG SANGAT TUA

PUASA WANITA YANG HAMIL

PUASA ORANG YANG MUSAFIR

PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI

PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)

PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)

PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA

PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Perkembangan Iqram

Iqram dah setahun 8 bulan. Jap jer dah besaw anak ummi dan ayah ni..Iqram sekarang ni pandai sambung kira-kira dengan ummi dan ayah... Ayah : "Satu" Iqram : "Uwe" (dua) Ayah : "Tiga" Iqram : "Pat" (Empat) Ayah : "Lima" Iqram : "Nam" (Enam) Ayah : "Tujuh" Iqram : "Pan" (Lapan) Ayah : "Sembilan" Iqram : "Luh" (Sepuluh) Kalau dengar jer muzik, tak kisah iklan ker, lagu ker mesti nk menari-nari, pusing2 lah...macam-macam gaya.... ummi tak sempat nak rakam... nanti ummi upload klu sempat rakam

Monday 6 December 2010

Iqram Mabuk...

Al-Kisahnyer hari Sabtu lepas Ayah ajak kami pergi Majlis Kahwin kawan sekerjanyer area Simpang Pelangai. Ummi pun apa lagi syoklah dapat jalan2. Iqram pun sama. Tapi anak Ummi dan Ayah ni mabuk tak sudah2... 2 kali muntah...2 kali jugak kena tukar baju... dengan baju-baju ummi pun harum semerbak bau muntah Iqram... Walaupun Iqram selalu muntah bila jalan jauh, tapi yang ok nyer lepas muntah dia tak nangis.... jom layan gambar budak baru muntah yang cuk cam ni...

Friday 3 December 2010

TeMbAMnYeRR

Picture ni ummi ambil masa balik kg hari tu...mula2 Iqram nak main topi 'hencem' dia tu...tak sampai 10 minit main topi 'hencem' dia, teruslah tertido kepenatan sebabnyer kat kampung main tak hengat...Iqram kalau balik kampung, nak suruh tido susah, suruh makan susah...main jerrr, tambah2 kalau ramai sepupu ada kat kampung. Ummi ngan Ayah memang dia tak hirau dah.. tak laku....bila dah tak der kawan, barulah ingat kat Ummi dan Ayah...jom layannnn picessss....

Wednesday 1 December 2010

Anak Manja Ayah Nangisssss!!!!!

Nak di jadikan cerita, Ayah Iqram kena pergi outstation hari isnin sampai selasa. 1hari jer...bukan lama pun. Masa hantar Iqram rumah baby sitter ayah kata dia nangis. Mood kelautlah tu. Waktu petang ummi jemput ok plak dia. Balik rumah main sama2...pastu asyiklah panggil Ayah, Ayah, Ayah... Ummi beri tahu Iqram Ayah Keje, esok malam baru balik yer.. Dia angguk tanda faham. Oklah...jap2 lepas tu panggil lagi ayah. Ummi pun jawablah ayah keje..dekat nak 20 kali dia tanya ayah...memang anak ayah betul Iqram ni. Malamnyer pulak ayah call, lepas borak-borak dengan Iqram, ummi letak lah call. Tiba-tiba Iqram nangis. Kuat pulak tu dia nangis. Agaknyer tak puas borak dengan ayah kot. Rindu betul Iqram dengan ayah nyer. Baru berpisah sekejap nangis macam setahun tak jumpa. Pastu ummi pujuklah dia, lama jugak baru dia senyap. Nampaknyer lepas ni susahlah ayah nak pi outstation. Anak manja ayah ni tak boleh berpisah lama-lama dengan ayah... Ayah kena carik keje yang tak ada outstation... ACI TAK?...hehehehe