klik-klik

Thursday 30 December 2010

Sedihnyerrr....

Ummi sedih betul tengok Iqram bila hantar dia pergi rumah babysitter. Sejak 3 hari lepas Ummi yang hantar pergi rumah babysitter sebab Ayah outstation. Masa dukung dia nak bawak gi rumah babysitter dia ok, tapi bila Mak Su ambil jer, terus nangis. Kesian betul tengok dia. Sebelum ni Ayah yang hantar pagi2, ptg Ummi yang ambil. Masa Ayah hantar tak der plak Iqram nangis, siap babai2 lagi.. Memang sejak Ayah outstation Iqram agak manja sikit. Malam2 pun asyik nak berkepit jer dengan Ummi. Pastu alasan paling best dia buat bila nak dukung...buat2 nangis...sangat manja anak Ayah ni..pastu tak boleh kena tegur skit..teruslah meraung macam kena dera...malam-malam time nak tido Iqram ok skit... tak der lah meragam sangat.. lega Ummi.... Ayah cepatlah balik yer... Ummi tak larat dah nak bangun buat susu 'n' tukar pampers Iqram...Nasib baik esok dapat cuti free...Pasukan Malaysia menang bola lawan Indonesia...Tahniah2...

Wednesday 29 December 2010

1st time checkup Tanpa Ayah

Buat pertama kalinyer ummi kena hantar Iqram Check up tanpa ayah. Mula-mula rasa macam risau jugak. Boleh ker Ummi bawak Iqram sorang-sorang pi klinik ni? Tapi boleh ker tak boleh Ummi kena pegi sorang jugak sebab Ayah kena gi Outstation. Sebenarnya ayah dah apply cuti awal lagi, tapi last minute bos suruh outstation jugak. So terpaksalah ummi pergi sendiri. Sebelum nak pergi klinik tu, Iqram tido. Dalam pukul 1.30 tgh Iqram tak bangun lagi. Ummi pun kejutkan Iqram. "Iqram, bangun sayang, jom tukar baju ,ummi hantar gi klinik". Dengan mamai2 Iqram terus bangun pastu nk dukung gi klinik. Alhamdulillah Iqram tak nangis. Lepas siap2 ummi pun bawak Iqram naik kereta. Dalam kereta ummi baringkan Iqram lepas tu bagi minum susu. Elok jer dia baring dalam kereta. Rasanyer Iqram ngantuk lagi. Sampai kat klinik dia pun ok jer..ummi ajak iqram timbang berat badan dah ukur tinggi. Baru 12 kg berat Iqram, tinggi 87cm. Lama jugak kat klinik tu, sepatutnyer Iqram makan ubat cacing, tapi nurse tu kata jadual dah tukar, 2 tahun nnt baru makan ubat cacing. So, lepas nurse tanya tu tanya ni... ummi pun balik. Cadangnyer nak gi jalan-jalan dengan Iqram, tapi tak jadi, terus balik rumah sebab byk keje tak buat lagi kat rumah. Masa balik pun Iqram behave sangat. Tak derlah nak duduk kat pangku ummi masa drive.. Balik tu ummi singgah kedai beli susu dan vitagen untuk Iqram. Suka betul Iqram minum vitagen.. Nanti ummi beli lagi vitagen untuk Iqram yer....lain macam pulak rasanyer bila gi klinik ngan Iqram berdua jer. Jalan nak pi klinik pun ummi ingat-ingat lupa...hahahha...Biasa ayah yang drive pi klinik, ummi plak, tau2 dah sampai....bila kena drive sendiri mulalah menggagau cari jalan...

Thursday 23 December 2010

i-city (18/12/10)

Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi i-city kat Shah Alam. Baru berkesempatan nak pergi sana. Seronok tengok lampu- lampu yang pelbagai warna tu. Rasa macam duduk dalam 'dunia cahaya' plak.. hehehe...seronoknyer...ummi plak yang terlebih excited...Iqram ngan Ayah relaks jer... Sebenarnya dah lama ummi ajak ayah pi i-city ni, tapi keadaan tak mengizinkan, asyik sibuk jer dengan macam-macam hal.. Tapiiii bila dah dapat pergi sonok lah ummi...apa yang di hajati tercapai...hahaha..terima kasih ayah sebab bawak ummi ngan Iqram pi i-city..Iqram plak bila sampai sana, nak amik gambar ngan bear, dinasour, tiger asyik takut jer...tak taulah kenapa? Pastu bila suh pandang camera tak mau dah....jomlah layan gambar yang sempat ummi tangkap...

Thursday 16 December 2010

Hari Asyura 10 Muharam

14 perkara sunat dilakukan pada hari Asyura

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

8. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.

12. Membaca “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”.
Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka


Note: Sharing is caring

Wednesday 15 December 2010

Riccardo SALE.....

Hari jumaat minggu lepas ummi dan kawan-kawan ummi gi SACC Mall sajer nk pi tengok sale dekat Riccardo. Sebenarnya ummi ada plan nk beli penimbang dengan bekas kuih. Sebelum ni dah tengok katalog dekat kawan. Memang ummi berkenan sangat nk beli 2 item ni. Sampai jer kat sana terus ummi carik barang yg ummi nak beli. Nasib baik masih ada stok..Lepas dapat barang yang ummi berkenan tu, sajer jer lah cuci2 mata tgk barang lain...uishhh memang geram rasanyer...kalau byk duit...mmg syok sopping ni..tapi duit pun tak berapa nak ado kan...so beli jerlah yg 2 tu dulu..kalau ada rezeki nnt ummi nak beli dulang, tempat kek, periuk dan macam2 lagi...mmg murah lah...sale ni sampai 30/1/2011...jom layannn gambar...
Bekas kuih ni harga asal dia RM 199.00 less 70% (RM59.70)
Penimbang Riccardo ni harga asal RM 236.00 less 70% (RM 71.70)

Monday 13 December 2010

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana memurahkan rezeki kepada kami sekeluarga. Rezeki apa?...rezeki dalam penternakan ikan keli. 4 bulan yang lepas ummi dan kakak ummi telah menjalankan penternakan ikan keli dibantu oleh ayah dan emak serta adik beradik yang lain. Sekarang ikan keli sudah besar dah boleh di jual. Setakat dah dah 128 kg ikan telah dijual. Masih banyak lagi yang belum di jual. Ummi mohon pada Allah supaya ada pembeli yang ingin membeli ikan keli itu nanti. Pada kawan-kawan yang ingin ikan keli bolehlah berhubung dengan ummi. Ikan keli ummi hanya diberi makan pallet, halal dan tidak berbau hanyir kerna diternak didalam kolam simen dan diberi vitamin untuk melawan segala penyakit. Harap-harap projek ummi ini akan berjaya, berkembang dan terus maju...aminnn

Thursday 9 December 2010

Puasa Sunat

FADHILAT PUASA WAJIB DAN SUNNAT SEPANJANG TAHUN



Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.

Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.



FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)



FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN



1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH

HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)

SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA

PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN

PUASA ORANG YANG SANGAT TUA

PUASA WANITA YANG HAMIL

PUASA ORANG YANG MUSAFIR

PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI

PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)

PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)

PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA

PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Perkembangan Iqram

Iqram dah setahun 8 bulan. Jap jer dah besaw anak ummi dan ayah ni..Iqram sekarang ni pandai sambung kira-kira dengan ummi dan ayah... Ayah : "Satu" Iqram : "Uwe" (dua) Ayah : "Tiga" Iqram : "Pat" (Empat) Ayah : "Lima" Iqram : "Nam" (Enam) Ayah : "Tujuh" Iqram : "Pan" (Lapan) Ayah : "Sembilan" Iqram : "Luh" (Sepuluh) Kalau dengar jer muzik, tak kisah iklan ker, lagu ker mesti nk menari-nari, pusing2 lah...macam-macam gaya.... ummi tak sempat nak rakam... nanti ummi upload klu sempat rakam

Monday 6 December 2010

Iqram Mabuk...

Al-Kisahnyer hari Sabtu lepas Ayah ajak kami pergi Majlis Kahwin kawan sekerjanyer area Simpang Pelangai. Ummi pun apa lagi syoklah dapat jalan2. Iqram pun sama. Tapi anak Ummi dan Ayah ni mabuk tak sudah2... 2 kali muntah...2 kali jugak kena tukar baju... dengan baju-baju ummi pun harum semerbak bau muntah Iqram... Walaupun Iqram selalu muntah bila jalan jauh, tapi yang ok nyer lepas muntah dia tak nangis.... jom layan gambar budak baru muntah yang cuk cam ni...

Friday 3 December 2010

TeMbAMnYeRR

Picture ni ummi ambil masa balik kg hari tu...mula2 Iqram nak main topi 'hencem' dia tu...tak sampai 10 minit main topi 'hencem' dia, teruslah tertido kepenatan sebabnyer kat kampung main tak hengat...Iqram kalau balik kampung, nak suruh tido susah, suruh makan susah...main jerrr, tambah2 kalau ramai sepupu ada kat kampung. Ummi ngan Ayah memang dia tak hirau dah.. tak laku....bila dah tak der kawan, barulah ingat kat Ummi dan Ayah...jom layannnn picessss....

Wednesday 1 December 2010

Anak Manja Ayah Nangisssss!!!!!

Nak di jadikan cerita, Ayah Iqram kena pergi outstation hari isnin sampai selasa. 1hari jer...bukan lama pun. Masa hantar Iqram rumah baby sitter ayah kata dia nangis. Mood kelautlah tu. Waktu petang ummi jemput ok plak dia. Balik rumah main sama2...pastu asyiklah panggil Ayah, Ayah, Ayah... Ummi beri tahu Iqram Ayah Keje, esok malam baru balik yer.. Dia angguk tanda faham. Oklah...jap2 lepas tu panggil lagi ayah. Ummi pun jawablah ayah keje..dekat nak 20 kali dia tanya ayah...memang anak ayah betul Iqram ni. Malamnyer pulak ayah call, lepas borak-borak dengan Iqram, ummi letak lah call. Tiba-tiba Iqram nangis. Kuat pulak tu dia nangis. Agaknyer tak puas borak dengan ayah kot. Rindu betul Iqram dengan ayah nyer. Baru berpisah sekejap nangis macam setahun tak jumpa. Pastu ummi pujuklah dia, lama jugak baru dia senyap. Nampaknyer lepas ni susahlah ayah nak pi outstation. Anak manja ayah ni tak boleh berpisah lama-lama dengan ayah... Ayah kena carik keje yang tak ada outstation... ACI TAK?...hehehehe

Monday 29 November 2010

Iqram tolong boleh tak??????

Entry ni ummi dah lama nak update tapi disebabkan Icon Insert Image ummi hilang, tergendalalah pulak (jangan membangau..saper gi kursus mesti tau).... Gambar ni ambil masa cuti lama kat kampung hari tu...Iqram dengan rajinnyer telah menolong atuk dan ayah potong rumput. Jom layannnnn....

Sampai berpeluh-peluh Iqram tolong Atuk dan Ayah potong rumput. Rajin anak ummi dan ayah ni. Nanti dah besar jadi anak yang rajin, taat, soleh dan bijak yer sayang.....Iqram pun sangat rajin tolong ummi di dapur macam Ayah....Sangat ringan tulang... ummi sangat sukerrrr...hehehehe...

Monday 22 November 2010

Aktiviti Raya Haji

Assalamualaikum buat anak ummi dan kawan-kawan yang sudi menyinggah diblog ummi..Entry kali ni ummi tak der idea nak cerita panjang2..Aktiviti Raya Haji pun tak der sangat...Pagi raya bangun siapkan sarapan, ayah pergi sembahyang raya sementara ummi siapkan Iqram dekat rumah...habis sembahyang raya, aktiviti tangkap gambar jer pakai baju raya puasa hari tu...lepas ambik gambar duduk rumah jer...jalan raya pun tak... jom lah layan gambar yer...kami bergambar di pondok "Titian Kasih"(pandai2 jer ummi bagi nama..hahaha) yang dibina oleh Pak Ngah Iqram...sangat kreatif Pak Ngah Iqram ni, buat pondok ni dari barangan terpakai jer...jomlah layannnn...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tuesday 16 November 2010

Salam Aidiladha

Selamat menyambut hari raya aidiladha buat semua kawan-kawan yang sudi melawat blog ummi. Ummi sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung malam ni. Kampung dekat jer...2 jam dah sampai. Raya haji ni ummi beraya di kampung sebelah ayah sebab raya puasa hari tu dah raya sebelah ummi. Nak tau tak?..ummi tak beli apa2 pun untuk raya ni... Kuih raya satu pun tak der..hehehe...tengahari ni nak keluar jap pegi carik kuih segera. Tak kanlah balik kampung tangan kosong jer kan..seganlah pulak...Nak beli apa yer?...

Friday 12 November 2010

Yahoooo dah JUMAAT!!!!

Hari yang ditunggu telah tiba....seronoknyer...minggu ni tak balik kampung. Nak rehat kat rumah sambil mengemas rumah....Nak pegi Putrajaya bawak iqram main motor....bestnyerrr....Yabedabedo....

P/s: Gambar still tak boleh upload..dah report pun still cam tu gak...

Monday 25 October 2010

Gelagat Iqram

Sejak akhir-akhir ni, rajin betul Iqram bergurau dengan ummi dan ayah. Lebih-lebih lagi kalau waktu cuti. Di rumah hanya tinggal kami bertiga sahaja. Bila ummi dan ayah sibuk dengan hal masing-masing, si kecil ini pun mulalah mencuri perhatian kami. Ada saja gaya, cara, memek muka yang dilakukan untuk mencuri perhatian kami. Pantang dengar lagu dekat tv, mulalah dia menari macam tarian sarawak, buat kami berdua geli hati. Iqram paling suka dengar lagu "ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku...bila ku berduka..." siap buat gaya tangan macam dalam iklan tu. Bila dengar azan pula, dia pun mula buat gaya macam orang nak solat, sujud depan tv lagi. Rajin anak ummi dan ayah ni solat yer. Sejuk hati kami tengok anak yang soleh ini. Bila kami sibuk tengok tv tak layan Iqram main, dia pun mulalah nak main "cak-cak" dengan kami. Suruh layan dia main "cak-cak"..Kalau tak layan, dia akan buat sampai kita layan dia.. bila dah layan dia main "cak-cak", terkekeh-kekeh lah dia gelak. Lepas tu kelam kabut mana nak sembunyikan diri dia. Sangat mencuit hati.

Bila tiba masa untuk tidur, Ayah rajin layan Iqram beborak. Iqram suka sebut "legelegepak..legelegepak". Lepas tu main 'hello2' dengan ayah. Iqram siap nyorok belakang langsir lagi bila 'hello2' dengan ayah. Ntah apa yang Iqram borak dengan ayah ummi pun tak tau. Ummi dengar jer..tau2 dah terlena..

Sedar tak sedar 'baby' ummi dan ayah ni dah besar yer... pipi labuh/ pipi shin chan pun tak tak nampak sangat. Gigi pun dah banyak (nasib baik senang nak gosok gigi)...Oh yer, Iqram sekarang ni dah pandai tolong ummi buat kerja rumah, tolong buang sampai, tolong buang pampers, tolong letak baju kotor dalam bakul. Lepas tolong ummi kena tepuk tangan dan puji2 sikit. Sukalah dia...

Itu saja entry untuk kali ni. Gambar elek...camera tertinggal kat kampung..

Wednesday 20 October 2010

20102010

Hari ni tak der topik nak cerita, tiba-tiba teringat pulak tarikh hari ni 20.10.2010...cantikkan tarikh hari ni? Saper2 yang berhajat ingin mengabdikan kenangan pada tarikh hari ni amatlah sesuai. Senang nak ingat. Ummi tak der plan apa-apa pun. Ayah pun Outstation.. Kalau tak boleh jugak pergi shopping malam ni.hehehehe...

Friday 15 October 2010

Iqram Main Badminton

Assalamulaikum semua. Hari ni ummi nak upload gambar Iqram main badminton dengan sepupu-sepupu masa cuti hari raya dulu. Ummi tak perasan masa bila ayah ambil gambar ni. Tau-tau jer dah ada dalam camera. Ummi pun apa lagi uploadlah untuk buat kenangan bila Iqram dah besar nanti. Sebelum main, posing dengan sepupu dulu Pandai ker Iqram main badminton ni? uuuhhhhhh..letihnyer saya.... Ada gaya jadi juara tak?

Thursday 14 October 2010

Raya 2010

Entry ni sepatutnyer ummi masuk masa raya hari tu, tapi disebabkan kesuntukan masa, ummi pulak tak sihat, keje pulak banyak so hari nilah baru ummi berkesempatan untuk upload gambar raya 2010. Tahun 2010 ummi, ayah dan Iqram beraya di kampung sebelah ummi dulu, raya ke-2 baru balik kg ayah pula. Tahun ni tema kami warna purple. jom layan gambar raya kami... Posing dalam rumah dulu Posing dekat luar rumah pulak.. "Ummi, Iqram dapat duit raya, Iqram nak simpanlah" Ayah dan Mak My Family

Monday 4 October 2010

Iqram Dengan Pengasuh Baru

Hari ini buat kali ke 4 Iqram bertukar pengasuh. Harap-harap kekallah sampai bila-bila. Kenapa ummi tukar pengasuh? mmmmmmm...susah nak jawab... tapi bagi ibu-ibu yang pernah mengalaminya pasti tahu dan mengerti apa yang ummi rasai. Kadang-kadang ummi kesian pada Iqram, sekejap hantar dekat orang ni sekejap hantar kat orang lain. Mesti dia confius. Maafkan ummi Iqram, kalau boleh memang ummi nak letak Iqram satu tempat jer, tapi apa boleh buat, keadaan tak mengizinkan. Pagi tadi masa ayah hantar Iqram dekat rumah 'Mak Su' dia menangis, tapi lepas bagi susu Iqram terus tido. Waktu Tengah hari tadi ayah telefon Mak Su dia kata Iqram tengah main dengan kawan-kawan. Lega ummi dengar, ummi risau kalau Iqram menangis sebab tak biasa dengan orang baru. Petang pula ummi yang telefon Mak Su tanya pasal Iqram. Alhamdulillah jawapan positif yang ummi terima. Mak Su kata Iqram ok, makan pun nak, tak menangis, elok jer main dengan kawan-kawan. Masa ummi telefon tu Iqram tengah tido dengan kawan-kawan dia. Anak ummi yang sorang ni, kalau duduk rumah pengasuh, asyik nak tido jer, dekat rumah sendiri susahnya nak tido. Baik anak ummi dan ayah ni. Tak nak susahkan orang, pandai bawak diri. Bersyukur sangat-sangat sebab selama ummi hantar Iqram dekat rumah orang atau taska, semua kata Iqram baik, tak banyak kerenah, pandai bawak diri, pendek kata tak banyak ragamlah. Ummi bukan nak puji anak sendiri, tapi itulah yang dia orang cakap. Tapi sayang, walaupun Iqram senang dijaga, tapi ada pula masalah lain yang timbul. Dekat Mak Su ni ummi cuba untuk sehari dulu. Kalau dia sanggup nak jaga Iqram, ummi akan teruskan. Tapi kalau dia tak sanggup ummi kena hantar Iqram dekat Taska semula atau cari pengasuh lain. Ummi harap sangat-sangat agar Mak Su sudi nak jaga Iqram. Mak Su pun ummi tengok masih muda dan tidak mengalami masalah kesihatan. Harap-harap dia sudilah nak jaga Iqram terus.

Friday 1 October 2010

Adik Rayyan

Pasti ramai yang telah membaca kisah adik Rayyan. Ummi selalu membaca entry tentang adik Rayyan. Bertapa kuatnya anak ini melawan penyakit yang dihadapinya. Sehingga ke hari ini adik Rayyan masih berjuang untuk meneruskan hidupnya. Ummi sangat bangga dengan Rayyan. Walaupun usianya masih kecil, beliau mampu melawan kesakitan yang dihadapinya. Teruskan usahamu wahai Rayyan. Ummi berdoa semoga kamu kembali pulih menjadi anak yang sihat, ceria dan tersenyum. Buat ibu Rayyan, tiada ungkapan yang mampu mengambarkan perasaanmu, kamu sungguh tabah. Kamu antara ibu-ibu yang terpilih untuk menerima ujian Allah, pasti ada hikmah disebaliknya.

Thursday 30 September 2010

Belum Ada Rezeki

Sedihnya ummi rasa, tapi belum ada rezeki untuk timang anak kedua, ummi redha dengan ketentuanNya. Ummi mengalami pendarahan dan baby tidak dapat diselamatkan. Menitis air mata tahkala doktor memaklumkan bayi puan sudah tiada. Ummi percaya mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya. 2 minggu ummi mengalami tanda2 awal period diikuti dengan pendarahan. Akhirnya doktor memaklumkan baby sudah tiada dah ummi perlu menjalani pembedahan untuk mencuci rahim bagi mengeluarkan darah yang masih tertinggal. Pengalaman pertama juga buat ummi masuk bilik pembedahan. Ummi sangat takut. Pelbagai perasaan bergelodak dalam jiwa. Macam-macam yang ummi dengar mengenai cuci rahim. Semuanyer menyeramkan. Akhirnyer selamat juga ummi menjalani proses tersebut. Ummi diberi cuti untuk berehat dirumah. Sakit juga yer bila kita keguguran dan perlu menjalani proses mencuci rahim. Lebih sakit dari bersalin. Walaupun sudah hampir 11 hari ummi keguguran, sakitnyer masih terasa sehingga ke hari ini. Ummi pun masih rasa pening2 kepala. Kawan-kawan pun tegur muka ummi nampak pucat. Kurang darah agaknya. Bila terkenang masa pregnant dulu, macam2 alahan yang ummi lalui, paling teruk muntahlah, nasib baik bulan puasa, siang tak makan, tak derlah muntah. Waktu malam pula, lepas berbuka mesti muntah. Sampai senak perut,semua isi keluar balik. Tiba-tiba pula ummi asyik nak makan nasi beriani jer...hehehe...Itulah antara pengalaman yang ummi ingat sepanjang mengandungkan anak ke-2...Sekarang semuanya tinggal kenangan... Buat Ayah yang kasihi, ummi pasti ayah juga sedih bila mendengar berita ini. Seperti ummi, pasti ayah juga mengharapkan anak ke 2 kami dapat diselamatkan. Tapi apalah daya kami untuk melawan takdir yang telah ditentukan olehNya. Buat Iqram yang ummi sayangi, Iqram belum ada rezeki nak jadi 'abang' lagi. Sabar yer sayang, InsyaAllah kalau ada rezeki, Iqram akan jadi 'abang' juga. Tarikh keguguran : 19/9/10 Anak Yang Ke : 2 Usia kandungan : 11 minggu

Wednesday 8 September 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum semua...dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasan memandu. InsyaAllah ummi sekeluarga akan pulang ke kampung pada malam ini. Kampung ummi dan ayah dekat jer...jadi tak perlulah tergesa-gesa nak balik kampung, jalan pun tak jam....Tahun ni tema kami sekeluarga purple...nanti ummi upload lepas raya yer... Tahun ni jugak kami beraya di kampung ummi dulu...raya kedua baru balik kampung ayah....Iqram raya sakan tahun ni...banyak baju raya ummi dan ayah beli untuk Iqram...Oklah kawan-kawan...jumpa lepas raya yer....

Thursday 2 September 2010

Sedapnyer Nasi Beriani

Alhamdulillah, syukur ummi rasa sebab dapat makan nasi beriani. Teringin sangat nak makan tu. Terima kasih pada ayah sebab belikan nasi beriani untuk ummi. Sedap sangat2 nasi tu ayah. Makan nasi jer pun dah sedap. Pagi tadi sahur pun makan nasi beriani balance malam tadi. Sedapnyer....

Wednesday 1 September 2010

Mengidam Nasi Beriani

Lama dah tak update blog ummi ni. Hari ni nak cerita pasal nasi beriani. Ummi ni jarang makan nasi pelik-pelik (Nasi beriani). Sejak akhir-akhir ni ummi teringin sangat nak makan nasi beriani. Tapi melayu yang buatlah. Kalau bukan melayu yang buat, ummi tak makan. Hari ni ummi minta tolong ayah beli nasi beriani untuk berbuka puasa nanti. Dah lama cakap dengan ayah pasal nasi beriani ni, tapi susah sikit nak carik orang melayu yang buat. Tekak ni terbayang-bayang jer nasi warna warni tu...mmm sedapnyer kalau dapat makan. Harap-harap petang nanti ayah dapat cari nasi beriani buatan orang melayu. Ummi teringin jugak nak buat sendiri nasi beriani tu, tapi tak retilah. Mana nak carik cikgu yang boleh ajar masak nasi beriani ni yer?...ada sesiapa sudi bantu?....tinggal comment kat sini yer....

Monday 23 August 2010

Iqram bakal dapat adik

Sejak awal puasa hari tu ummi rasa macam loya2 jer tekak ni. Kadang-kadang rasa macam nak muntah. Ummi ingat perut masuk angin. Tapi rupa-rupanya ummi pregnant. Iqram bakal jadi abanglah nanti. Inilah bukti kehadiran 'adik' Iqram. Semalam ummi baru test untuk pastikan. Sebelum ni tak tergerak pula hati nak buat urine test. Sebelum-sebelum ni ummi main makan jer nenas, air tebu, air gas. Nasib baik tak ada apa2 effect. Lepas ni ummi kena jaga makan. Mungkin usia kandungan ummi dalam 2 bulan lebih. Alhamdulillah ya Allah, Engkau makbul doa kami sekeluarga. Semoga kandungan ummi membesar dengan sihat dan selamat. Matlamat ummi pada kandungan yang kedua ni, ummi mahu buat persediaan awal untuk fully breastfeed. Ummi nak sediakan freezer khas untuk simpan stok EBM. Ummi mahu berusaha bersungguh untuk memberi susu ibu pada anak kedua sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Semoga usaha ummi mendapat sokongan daripada suami, anak, keluarga dan kawan-kawan semua.

Thursday 19 August 2010

Nenek Sudah Uzur

Hari jumaat lepas, ummi dapat sms dari kakak mengatakan "wan tenat, baliklah". Bila ummi baca jer msg tu, macam2 dalam kepala fikir. Telefon balik kakak tanya macam mana status. Kakak kata wan dah tak sedar, tak boleh cakap. Ummi risau, sedih, semuanyer bercampur baur. 2 minggu sebelum tu, ada melawat wan, masa tu wan masih boleh cakap cuma tak larat nak bangun jer. Masa ummi sampai tu, tgk wan sedang tido sebab malam tu, mak lang kata wan tak tido, resah jer. Panggil pun tak boleh nak jawab. Cuma boleh bukak mata jer. Malam tu baca yasin tuk wan. Hari sabtu wan dimasukkan ke wad hospital seremban sebab demam panas. Sekarang wan masih di wad lagi. Sehari lepas masuk wad tu wan sedar, doktor suruh angkat tangan dengan kaki, wan boleh buat. Tapi hari Isnin umi dapat berita wan tak sedar semula. Risaunyer ummi, Kalau boleh ummi nak wan sihat seperti biasa. Boleh sambut raya sama2. Ummi harap umur wan panjang lagi. Tulah satu2nyer wan yang tinggal. Atuk dah meninggal, sebelah mak pun sama, dua2 dah meninggal. "wan kami doakan wan cepat sembuh yer"

Friday 6 August 2010

Untuk Renungan Bersama

Assalamu’alaikum wbt Mari kita hayati kisah ini sama-sama… Kisah-kisah yang ingin saya paparkan di sini kalau ia boleh menyentuh perasaan dan ketidakselesaan muslimin-muslimat, saya mintak maaf banyak-banyak. Niat saya hanya nak berkongsi cerita dengan para muslimin-muslimat sekalian agar kita yang masih dipinjamnya roh & nyawa oleh Allah ini menyempurnakan masa dengan sebaiknya. Kisah teladan yang sangat memberi inspirasi. ******************************************************************* Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar Ustaz (di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10 tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau. Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama. Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar. Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama. Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah! Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan l ain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian. Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat! Sebaik sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang bermastautin di negara kita. Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah! Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam ‘freezer’ (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu. Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini. Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi. “Nampak macam no hospital nie”, getus hati ustaz M. “Hello, ustaz M ye?”… satu suara bertanya. “Ya, ustaz M bercakap”. “Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?”, sang suara meminta kepastian. “Imam…imam. …yanng mana satu….ermm. .oh…ya. .ya..ingat. .ingat… “, ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya. “Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?”, beritahu sang suara ringkas. “Ok..ok…, sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! “, balas ustaz M. Lega hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah beberapa hari ‘pending’. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah. Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya. Sampai di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat. Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini diperlukan kerana inilah ‘prosedur’ yang telah ditetap oleh pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula jenazah orang luar. Bismillahir Rohmaanir Rohiim…… Dengan bersaksikan mata sekeliling yang memandang, ustaz M menarik ’stretcher ‘ peti sejuk beku mayat tersebut dengan perlahan-lahan. .. Subhanallah! Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh berpeluh? Korang tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya. Begitu juga orang di sekeliling. Istimewa sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik berlaku…terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera satu kalimah tauhid iaitu perkataan “ALLAH”! Semua orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada perkataan l ain yang keluar dari mulut mereka mel ain kan tasbih memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa yang berlaku. Semakin bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek dan membahgiakan kan ?…. Jenazah imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya. Mengikut ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya. Jawapan yang didapati daripada rakan-rakannya ialah sel ain daripada seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik, amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan l ain yang tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya. MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat. Kursus hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2 berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit. Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60 orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau. Ustaz memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian, dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Menyentuh tentang solat sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita. Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur . Masa tu, hari Jumaat. Solat Jumaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah. Imam kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif sangat dengan imam ini. Imam ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, “Uusyikom Bitaqawallah, Waihyaa….. ……… ……… .”. Tiba-tiba imam ini terdiam…. Semua para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu kepadanya. Imam masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak. Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu’ nampak tidak berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya. Tiba-tiba tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib. Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib. Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh diucapkan selepas itu melain kan, “Innalillahi wa inna Ilaihi roojiuun…” . Kembalinya ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat setempat. Ada makmum yang masih terkejut dengan peristiwa ini. Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini. Yang uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi…dan pada masa ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal dunia….Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan… Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini. Sebaik kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?… . Ya, Badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz M… Subhanallah! Hati ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa; “Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah…Ya Allah..Ya Allah……. ……” Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya. Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga! SUBHANALLAH! SUBHANALLAH! Tak tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula, ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. Pada orang yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya! Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa! Seperti biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia lagi. Menurut kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir. Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir. Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan seorang imam untuk kawasan tersebut. Wallahua’lam. “Sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam” yang didoakan oleh Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut: [101] “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”.

Thursday 5 August 2010

Ramadhan Datang Lagi..

Minggu hadapan InsyaAllah seluruh umat islam akan menyambut ketibaan bulan ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh semua umat islam. Bulan yang penuh dengan berkat. Tahun ini seperti biasa ummi akan menyambut bulan ramadhan bersama ayah dan Iqram. Iqram masih kecil lagi, belum boleh puasa, jadi ummi dan ayah sahaja yang berpuasa. Harap2 tahun ni dapat puasa penuh, InsyaAllah... Seperti biasa company ummi akan bagi balik awal bila tiba bulan ramadhan. Harap2 tahun ni pun boleh balik awal jugak. Balik awal pun bukan ummi masak. Hehehe,ummi ajak ayah pergi bazar ramadhan beli lauk dah siap jer. Teruk betul ummi ni, dah bagi balik awal pun tak masak jugak. Nasib baik ayah memahami.. hehehe terima kasih ayah. Tapi ummi bercadang tahun ni nak masak untuk berbuka puasa, kalau sempatlah. Sebenarnyer ummi pun bosan jugak kalau makan dekat luar jer. Sekali sekala mesti nak berbuka dengan lauk yang kita masak sendiri, goreng ikan bilis berlada pun sodap…hehehe perut dah lapar, masak apa pun sedapppp… hehehe tambah2 ayah pulak jenis tak kisah ummi masak apa, semua ayah makan… tu yang buat ummi rajin nak masak tu sebab ayah suka makan masakan ummi..hehehe…alamak jauh pulak ummi membebel. Sebenarnyer nak cerita pasal ramadhan datang lagi, tercerita bab masak pulak… Oklah..ummi harap bulan ramadhan tahun ni lebih meriah dari tahun sebelumnyer, nak banyakkan amal ibadah, nak cuba penuhkan solat terawih, nak khatam Al-Quran, Kalau boleh nak solat jemaah bersama ayah. Note: Baju raya ummi dah tempah, baju raya Iqram baru ada sepasang, baju raya ayah tak beli lagi…bilalah nk pi beli ni…(hehehe….sempat lagi fikir pasal shopping…dah nama perempuan, memang tak boleh lari dari fikir tu semua, tema tahun ni pun tak tau lagi…blur…blur…)

Manjanyer Iqram

Semalam ayah pergi outstation lagi. Kali ni ke langkawi pula. Tinggallah ummi dengan Iqram saja di rumah. Seperti biasa, Iqram tidak banyak kerenah. Cuma agak manja sedikit. Lepas tu mesti nak kena layan dia main2. Kalau tak layan mesti dia meragam. Maklumlah tinggal kami berdua saja. Malam tadi masa ummi nak solat Isyak, ummi suruhlah Iqram sebut Allahuakbar..lepas tu Iqram pun sebutlah 'alahabat' sambil sujud atas sejadah. Bahagia rasanyer mempunyai anak yang soleh, walaupun masih kecil, tapi ummmi dan ayah amat berharap agar Iqram menjadi anak yang soleh bila sudah besar nanti. Jadi anak yang 'darwisy'(warak) yer sayang... ummi dan ayah sangat sayang padamu sayang.

Friday 30 July 2010

Iqram Rindu Ayah

Lamanyer ummi tak update blog. Sejak akhir2 ni agak sibuk sikit. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Sebenarnyer ummi nak cerita pasal Iqram rindu kat ayah. Sudah 4 malam Iqram tidur tanpa ditemani oleh Ayah sebab Ayah pergi outstation ke Ipoh. Nak dijadikan cerita, malam2 sebelum ni Iqram tak der lah duduk atas perut ummi lepas tu buat senaman macam sit up tu... tapi malam tadi tiba2 jer datang dekat ummi duduk atas perut ummi pastu buat sit up. Agaknyer Iqram rindu dekat ayahlah tu. Memang tiap2 malam sebelum tido Iqram akan buat sit up dengan ayahnyer. Ni dah 4 malam tak jumpa ayah... rindulah tu nak buat sit up dengan ayah. Ayah tak der ummilah yang kena layan Iqram buat sit up. Kesian Iqram dah lama tak manja dengan ayah. Sabar yer sayang, malam ayah balik. Nanti Iqram boleh manja dengan ayah yer. Note: Malam ni ummi dapat tido lena...aci tak? hahahaha

Tuesday 6 July 2010

Family Day (Pulau Pangkor)

Hjg minggu lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Company tempat ayah kerja ada buat family day, so ummi ngan Iqram pun joinlah sekali. Kami singgah di rumah anak-anak yatim Al-Barakah kat teluk intan sebelum pergi ke Pulau pangkor. Serius ummi tak pernah pergi rumah anak-anak yatim ni. First time pergi, bila tengok anak-anak yatim ni, ummi rasa sedih sangat. Mengalir jugak air mata melihat wajah-wajah yang mendambakan kasih sayang ibu bapa. Begitu tabah mereka mengharungi hidup ini tanpa kedua ibubapa. Memang sedih...jadi sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, pergilah jenguk mereka selagi mereka masih ada didunia.... Antara wajah-wajah yang menjadi penghuni di sini habis dah...ummi banyak tido jer masa kat sana, memang rehat sungguh2 lah...

Monday 5 July 2010

Iqram dapat 'hadiah'

Nak tau apa 'hadiah' yang dimaksudkan tu...jeng..jeng..jeng... Kesian anak ummi... Al-kisahnyer semasa kami bercuti di pangkor, Iqram main-main dekat kerusi makan dalam apartment tu, ummi ngan ayah tengah minum petang, ntah macam mana kerusi yang Iqram main terjatuh atas dia lepas tu terkena dahi Iqram. Dalam beberapa saat jer benjol timbul kat dahi Iqram. Ya Allah kesian sungguh ummi tengok Iqram. Mesti sakit sangat, memang nangis kuatlah. Maaf Iqram ummi leka dalam menjaga Iqram.