klik-klik
Thursday, 6 October 2011
Raya 2011...baru nak update....
Thursday, 30 June 2011
Ummi dah sudahhhh....
Tuesday, 24 May 2011
Happy Belated Besday To My Lovely Husband
Besday ayah kali ni ummi dan iqram sambut lewat skit sebab 16 Mei tu kami ada kat kampung. Susah skit nak plan sebab semua barang-barang ada kat sini. Lagipun ayah cuti. Ingatkan ayah tak dapat cuti bolehlah ummi bagi kejutan pada 16 Mei tersebut. So ummi pun tunda pada hari jumaat 20 Mei... Pagi tu ummi bangun seperti biasa untuk pergi kerja. Tapi ummi tak bagi tau ayah yang ummi tak kerja. Sebenarnya terpaksa gi office sebab camera tertinggal. Lepas ambil camera ummi pun balik rumah untuk mulakan operasi. Ayah dah pergi kerja seperti biasa.
Mula-mula ummi buat apam dot-dot. Lama pulak nak siapkan sebab ummi guna banyak warna dan saiz acuan. Lepas siap apam dot-dot ummi buat coklat pulak tuk ayah. Sajer suka-suka...Ni acuan baru yang ummi baru beli. Kiranya ayahlah orang pertama yang rasmikan..ummi buat color hijau dan kuning. Ayah sangat suka color hijau... Lepas siap coklat, ummi start gubah bunga pulak... Kelam kabut jugak nak gubah bunga ni. Ummi tak pernah gubah bunga segar ni, 1st time gubah...kejap cabut, kejap ikat, kejap bubuh dawai... last-last jadi jugak walaupun tak berapa nak cantik..bunga segar ni ummi beli order sendiri dari cameron, orang tu pos hari rabu, sampai kat ummi hari khamis. Banyak jugak dia bagi extra kat ummi. Terima kasih pada en Riez(Kalau berminat nak tempah sila hubungi 016-5280976).. lepas siap bunga..ummi terus pergi hantar kat office ayah di Bangi.
Mula-mula ummi nak minta tolong officemate ayah bagikan bunga ni kat ayah. Konon-konon nak buat supriselah. Tapi tak jadi sebab officemate ayah panggilkan ayah suh amik sendiri. Kebetulan ada pulak officemate lain kat luar tengah buat keje. Malu pulak ummi rasa... hehehe..pas bagi bunga, coklat dan apam-dot-dot ummi terus gi jusco nak beli hadiah ayah pulak.
Balik dari jusco, balut hadiah dan terus tertido keletihan.. Petang tu ayah balik ummi letak hadiah pertama bawah sejadah. Masa ayah nak solat asar dia nampak hadiah tu. Pastu dia tanya " ni hadiah untuk abang ker?" ummi cakap "yalah untuk abang". Dia pun bukak hadiah tu. Lepas tu masa ayah duduk depan TV, Ummi dan Iqram bagi hadiah ke-2 dan ke-3 pulak... Ayah macam terkejut..mungkin dia ingat cuma 1 hadiah jer..hehehe... lepas tu ayah nak mandi, dia ambil towel, lepas tu jumpa lagi hadiah ke-4 yang ummi lekatkan kat hanger towel tu...
ayah: "eh, ada hadiah lagi tak?"
ummi :" sempena 5 tahun aniversary"..
ayah : " Kalau 5 tahun mesti ada 5 hadiah ni "
ummi : " Termasuk bunga dan coklat tu cukuplah 5"
Ayah ucap terima kasih dekat ummi dan Iqram. Sempena Besday ayah, kami mendoakan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, menjadi insan yang sentiasa taat pada perintah Allah, menjadi ayah dan suami yang penuh dengan sifat lemah lembut dan kasih sayang...Iqram sayang ayah, ayang sayang abang..
Jom layan gambar
jambangan bunga untuk en suami tercinta...
3 Item ready to delivery
Hadiah untuk ayah
dah siap balut
Wednesday, 4 May 2011
Yayanggggg..oooo yayangggg
Monday, 24 January 2011
Penangan Upin & Ipin
Majaroti kanak-kanak suka tengok cerita Upin & Ipin ni. Termasuklah Iqram...Kalau tengok Iklan Upin & Ipin mesti jadi 'beku' sekejap depan TV..Kalau tengok movie plak..lagi lama Iqram 'beku' depan TV...jom layan Iqram tgk Upin & Ipin...Sound tak do...lupa nk on masa rakam this video...
Monday, 10 January 2011
CaNtIk TaK MaTa SaYa???
Cantik tak mata saya?...hehehe...Iqram suka buat mata juling macam ni... kalau kita cakap "Iqram buat mata dik"...dia pun jelinglah sampai naik juling....Ummi ambil gambar ni masa nak pergi i-city..sebelum gi, kasi Iqram ribena dulu...
Wednesday, 5 January 2011
Betul ker ni?????
Thursday, 30 December 2010
Sedihnyerrr....
Wednesday, 29 December 2010
1st time checkup Tanpa Ayah
Thursday, 23 December 2010
i-city (18/12/10)
Thursday, 9 December 2010
Perkembangan Iqram
Monday, 6 December 2010
Iqram Mabuk...
Al-Kisahnyer hari Sabtu lepas Ayah ajak kami pergi Majlis Kahwin kawan sekerjanyer area Simpang Pelangai. Ummi pun apa lagi syoklah dapat jalan2. Iqram pun sama. Tapi anak Ummi dan Ayah ni mabuk tak sudah2... 2 kali muntah...2 kali jugak kena tukar baju... dengan baju-baju ummi pun harum semerbak bau muntah Iqram... Walaupun Iqram selalu muntah bila jalan jauh, tapi yang ok nyer lepas muntah dia tak nangis.... jom layan gambar budak baru muntah yang cuk cam ni...
Friday, 3 December 2010
TeMbAMnYeRR
Wednesday, 1 December 2010
Anak Manja Ayah Nangisssss!!!!!
Monday, 29 November 2010
Iqram tolong boleh tak??????
Monday, 22 November 2010
Aktiviti Raya Haji




Monday, 25 October 2010
Gelagat Iqram
Bila tiba masa untuk tidur, Ayah rajin layan Iqram beborak. Iqram suka sebut "legelegepak..legelegepak". Lepas tu main 'hello2' dengan ayah. Iqram siap nyorok belakang langsir lagi bila 'hello2' dengan ayah. Ntah apa yang Iqram borak dengan ayah ummi pun tak tau. Ummi dengar jer..tau2 dah terlena..
Sedar tak sedar 'baby' ummi dan ayah ni dah besar yer... pipi labuh/ pipi shin chan pun tak tak nampak sangat. Gigi pun dah banyak (nasib baik senang nak gosok gigi)...Oh yer, Iqram sekarang ni dah pandai tolong ummi buat kerja rumah, tolong buang sampai, tolong buang pampers, tolong letak baju kotor dalam bakul. Lepas tolong ummi kena tepuk tangan dan puji2 sikit. Sukalah dia...
Itu saja entry untuk kali ni. Gambar elek...camera tertinggal kat kampung..