klik-klik

Showing posts with label Ayah. Show all posts
Showing posts with label Ayah. Show all posts

Thursday, 6 October 2011

Raya 2011...baru nak update....

Tahun ni ummi sekeluarga beraya di kg sungai buloh....tema? warna merah mak ngahhhh...jangan marahhhh...seperti biasa raya tahun ni tak banyak beza dengan tahun sebelumnya...cuma seronok sebab ramai yang berkumpul di rumah mertua...semua balik kecuali sorang jer adik ipar beraya dirumah mertua beliau... sekali sekala berkumpul memang meriah..anak-anak pulak kejap2 terjerit sana...nangis sini...maklumlah dapat jumpa dengan sepupu-sepupu...macam-macam hal...tapi tak kisahlah..yang penting seronok...Dalam seronok-seronok tu tidak dilupakan pada Ayah mertua yang telah kembali ke rahmatullah hampir 4 tahun lepas...Al-fatihah untuk Allahyarham kamarudin...

Thursday, 18 August 2011

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan...

Syukur ke hadrat illahi kerana ayah selamat dari kemalangan jalanraya. Ayah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 16 Ogos 2011 yang lepas. Kereta yang dinaikki ayah terbabas selepas melanggar kelopak air di lebuhraya Plus selepas hentian Tapah. Kereta yang mereka naikki terbabas dan berpusing sebelum menghemtan pembahagi jalan. Syukur sangat-sangat kerana ayah dah rakan sekerjanya tidak cedera. Cuma kereta yang mereka naikki kemek sedikit di bahagian belakang. Dalam keaadaan hujan lebat ayah menelefon operator plus untuk meminta bantuan seterusnya membuat laporan polis. Syukur sangat-sangat... Semoga Allah selamatkan keluarga kami dari perkara yang tidak diingini... amin...

Wednesday, 6 July 2011

"Sedap ayang masak..."

Malu ummi nak cerita, tapi ummi seronok sangat bila en suami puji masakan ummi sedap. Siapa lagi nak puji kalau bukan suami sendiri kan? Walaupun cuma masak goreng kubis dan ikan goreng lada api sahaja. En Mahathir ni memang suka mengambil hati isterinya. Rajin pula menolong ummi melakukan kerja rumah dan menjaga Iqram bila ummi sibuk di dapur. Waktu malam pun rajin bangun malam buat susu Iqram. Jarang-jarang sangat ummi bangun malam buat susu Iqram. Beruntungnya ummi mempunyai suami sepertinya. Iqram pun beruntung mempunyai ayah sepertinya. Terima kasih abang, ayang sayang abang...

Thursday, 23 June 2011

Lagu Favourite Dia



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Aku : " Kenapa abang suka dengar lagu ni?"
Dia : " Saja jer "
Aku : ( Dalam hati ) 'jiwang jugak dia ini, hehehehe'

Sudah lama aku ingin bertanya kepada dia kenapa dia sangat suka lagu ini. Di handphonenya juga apabila nomborku yang memanggil pasti lagu ini kedengaran. Pasti ada sesuatu yang istimewa tentang lagu ini yang aku sendiri tidak pasti. Apa-apa pun aku sangat menyayangi dia.

Tuesday, 24 May 2011

Happy Belated Besday To My Lovely Husband

Hari tu ummi janji nak cerita celebration untuk besday ayahkan. So Entry kali ini ummi nak ceritakan kisah ummi menyambut besday ayah. Ayah lahir pada 16 Mei bersamaan hari Guru. Untungnya kalau ayah jadi cikgu, setiap tahun anak murid tolong sambutkan.. tapi ayah bukan seorang guru. So ummi dan Iqram pun plan nak sambut besday ayah kali ni agak berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya. Al-maklumlah dah hampir 5 tahun kami mendirikan rumah tangga. Harap-harap ayah suka dengan kejutan yang ummi dan Iqram buat.

Besday ayah kali ni ummi dan iqram sambut lewat skit sebab 16 Mei tu kami ada kat kampung. Susah skit nak plan sebab semua barang-barang ada kat sini. Lagipun ayah cuti. Ingatkan ayah tak dapat cuti bolehlah ummi bagi kejutan pada 16 Mei tersebut. So ummi pun tunda pada hari jumaat 20 Mei... Pagi tu ummi bangun seperti biasa untuk pergi kerja. Tapi ummi tak bagi tau ayah yang ummi tak kerja. Sebenarnya terpaksa gi office sebab camera tertinggal. Lepas ambil camera ummi pun balik rumah untuk mulakan operasi. Ayah dah pergi kerja seperti biasa.

Mula-mula ummi buat apam dot-dot. Lama pulak nak siapkan sebab ummi guna banyak warna dan saiz acuan. Lepas siap apam dot-dot ummi buat coklat pulak tuk ayah. Sajer suka-suka...Ni acuan baru yang ummi baru beli. Kiranya ayahlah orang pertama yang rasmikan..ummi buat color hijau dan kuning. Ayah sangat suka color hijau... Lepas siap coklat, ummi start gubah bunga pulak... Kelam kabut jugak nak gubah bunga ni. Ummi tak pernah gubah bunga segar ni, 1st time gubah...kejap cabut, kejap ikat, kejap bubuh dawai... last-last jadi jugak walaupun tak berapa nak cantik..bunga segar ni ummi beli order sendiri dari cameron, orang tu pos hari rabu, sampai kat ummi hari khamis. Banyak jugak dia bagi extra kat ummi. Terima kasih pada en Riez(Kalau berminat nak tempah sila hubungi 016-5280976).. lepas siap bunga..ummi terus pergi hantar kat office ayah di Bangi.

Mula-mula ummi nak minta tolong officemate ayah bagikan bunga ni kat ayah. Konon-konon nak buat supriselah. Tapi tak jadi sebab officemate ayah panggilkan ayah suh amik sendiri. Kebetulan ada pulak officemate lain kat luar tengah buat keje. Malu pulak ummi rasa... hehehe..pas bagi bunga, coklat dan apam-dot-dot ummi terus gi jusco nak beli hadiah ayah pulak.

Balik dari jusco, balut hadiah dan terus tertido keletihan.. Petang tu ayah balik ummi letak hadiah pertama bawah sejadah. Masa ayah nak solat asar dia nampak hadiah tu. Pastu dia tanya " ni hadiah untuk abang ker?" ummi cakap "yalah untuk abang". Dia pun bukak hadiah tu. Lepas tu masa ayah duduk depan TV, Ummi dan Iqram bagi hadiah ke-2 dan ke-3 pulak... Ayah macam terkejut..mungkin dia ingat cuma 1 hadiah jer..hehehe... lepas tu ayah nak mandi, dia ambil towel, lepas tu jumpa lagi hadiah ke-4 yang ummi lekatkan kat hanger towel tu...
ayah: "eh, ada hadiah lagi tak?"
ummi :" sempena 5 tahun aniversary"..
ayah : " Kalau 5 tahun mesti ada 5 hadiah ni "
ummi : " Termasuk bunga dan coklat tu cukuplah 5"

Ayah ucap terima kasih dekat ummi dan Iqram. Sempena Besday ayah, kami mendoakan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, menjadi insan yang sentiasa taat pada perintah Allah, menjadi ayah dan suami yang penuh dengan sifat lemah lembut dan kasih sayang...Iqram sayang ayah, ayang sayang abang..

Jom layan gambar
jambangan bunga untuk en suami tercinta...

3 Item ready to delivery
Hadiah untuk ayah
dah siap balut

Tuesday, 10 May 2011

Besday Husband?

Minggu depan besday my lovely husband. Sebenarnya lama dah plan nak buat apa. Ummi excited sangat nak sambut besday ayah kali ni. Sambut aniversary yang ke-5 sekali gus.. Tapi tak taulah jadi ker tak kan?..Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Sebenarnya ummi dah plan lama nk celebrate besday ayah. Sampai tak tido fikir nak buat apa? Konon-konon nak buat supriselah kat ayah. Tapi tunggu jerlah minggu depan yer. Kalau ada-adalah...kalau tak der tu paham-paham jerlah yer....

p/s: seronoknyer kalau dapat keluar dating berdua, tgk wayang sama2, gi bercuti, makan-makan dan lain-lain lagi kan?

Thursday, 23 December 2010

i-city (18/12/10)

Hujung minggu lepas kami sekeluarga pergi i-city kat Shah Alam. Baru berkesempatan nak pergi sana. Seronok tengok lampu- lampu yang pelbagai warna tu. Rasa macam duduk dalam 'dunia cahaya' plak.. hehehe...seronoknyer...ummi plak yang terlebih excited...Iqram ngan Ayah relaks jer... Sebenarnya dah lama ummi ajak ayah pi i-city ni, tapi keadaan tak mengizinkan, asyik sibuk jer dengan macam-macam hal.. Tapiiii bila dah dapat pergi sonok lah ummi...apa yang di hajati tercapai...hahaha..terima kasih ayah sebab bawak ummi ngan Iqram pi i-city..Iqram plak bila sampai sana, nak amik gambar ngan bear, dinasour, tiger asyik takut jer...tak taulah kenapa? Pastu bila suh pandang camera tak mau dah....jomlah layan gambar yang sempat ummi tangkap...

Monday, 22 November 2010

Aktiviti Raya Haji

Assalamualaikum buat anak ummi dan kawan-kawan yang sudi menyinggah diblog ummi..Entry kali ni ummi tak der idea nak cerita panjang2..Aktiviti Raya Haji pun tak der sangat...Pagi raya bangun siapkan sarapan, ayah pergi sembahyang raya sementara ummi siapkan Iqram dekat rumah...habis sembahyang raya, aktiviti tangkap gambar jer pakai baju raya puasa hari tu...lepas ambik gambar duduk rumah jer...jalan raya pun tak... jom lah layan gambar yer...kami bergambar di pondok "Titian Kasih"(pandai2 jer ummi bagi nama..hahaha) yang dibina oleh Pak Ngah Iqram...sangat kreatif Pak Ngah Iqram ni, buat pondok ni dari barangan terpakai jer...jomlah layannnn...
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Thursday, 14 October 2010

Raya 2010

Entry ni sepatutnyer ummi masuk masa raya hari tu, tapi disebabkan kesuntukan masa, ummi pulak tak sihat, keje pulak banyak so hari nilah baru ummi berkesempatan untuk upload gambar raya 2010. Tahun 2010 ummi, ayah dan Iqram beraya di kampung sebelah ummi dulu, raya ke-2 baru balik kg ayah pula. Tahun ni tema kami warna purple. jom layan gambar raya kami... Posing dalam rumah dulu Posing dekat luar rumah pulak.. "Ummi, Iqram dapat duit raya, Iqram nak simpanlah" Ayah dan Mak My Family

Tuesday, 6 July 2010

Family Day (Pulau Pangkor)

Hjg minggu lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Company tempat ayah kerja ada buat family day, so ummi ngan Iqram pun joinlah sekali. Kami singgah di rumah anak-anak yatim Al-Barakah kat teluk intan sebelum pergi ke Pulau pangkor. Serius ummi tak pernah pergi rumah anak-anak yatim ni. First time pergi, bila tengok anak-anak yatim ni, ummi rasa sedih sangat. Mengalir jugak air mata melihat wajah-wajah yang mendambakan kasih sayang ibu bapa. Begitu tabah mereka mengharungi hidup ini tanpa kedua ibubapa. Memang sedih...jadi sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, pergilah jenguk mereka selagi mereka masih ada didunia.... Antara wajah-wajah yang menjadi penghuni di sini habis dah...ummi banyak tido jer masa kat sana, memang rehat sungguh2 lah...

Tuesday, 1 June 2010

Ayah - JB

Minggu ni ummi ngan Iqram tinggal berdua jer..Ayah gi Outstation ke JB, tak taulah bila ayah balik. Nampaknyer ummi kena 'bekerja keras' jaga Iqram tengah malam. Kalau ada ayah ummi tido lena sungguh (sian ayah)...tapi bila ayah gi Outstation, ummi kena buat OT. Malam tadi sungguh menguji kesabaran betul...Iqram nk susu jer sampai 3 botol besar..pastu air kosong lagi 2 kali tambah...tukar pampers lagi sebab dah penuh...mmmmmmm...siang tak nak minum susu Iqram ni...tengah malam bukan main laju lagi dia nyusu....mampukah ummi bertahan minggu ni tanpa mengambil cuti ataupun MC?...tungguuuuuuuuu

Friday, 7 May 2010

Iqram demam

Balik dari keje petang semalam, jemput Iqram. Ummi rasa badan Iqram macam panas. Ummi dah perasan 2 3 hari lepas, tapi Iqram ok plak tak meragam. Malam tadi sebelum tido ummi rasa makin panas badan dia. Ummi tak bagi lagi ubat demam sebab dia macam ok jer. Bawak tido tapi tak mau tido. Nak main jer..ummi dah ngantuk.. Dah penat main tu, duk main atas perut ummi pulak, sampai senak kena smack down ngan sikunye yang tajam tu..sabar jolah ngan anakku ini. Pastu ntah pukul berapa baru tido. Pukul 2 pagi dia bangun, nangis. Ummi rasa suhu badan dia panas, nak demam lah Iqram ni. Ummi bagi ubat demam. Pas bagi ubat tu suruh dia tido balik, tapi tak mau..nak main lagi..."adoiii hai dik, ummi nak gi keje esok sayang..tidolah..."..bila kita cakap macam tu, dia dok sengeh2 jo, gelak2 lah dia...pastu berak pulak lepas makan ubat demam...mmmm sampai pukul 4 pagi dia main barulah tido balik, tu pun kadang2 bangun lagi merengek... Macam tulah keadaan Iqram bila ayahnyer outstation... selalu demam bila ayah tak der...manja sungguh dengan ayahnyer...bila ayah ada kat rumah tak nak pulak dia smack down ayahnyer...ummi jugak yang menjadi mangsa...mmmm macam tulah Iqram... hujung minggu ni ajak ayah pergi jalan2 yer. Boring asyik duk rumah jer..sekali sekala Iqram nak gi jalan jugak.

Thursday, 6 May 2010

Ayah Outstation

Hari ni ayah kena pegi lipis lagi, tapi tak lama lah, esok balik, tinggal ummi ngan Iqram jer malam ni, Iqram malam ni tido lena tau, ummi ngantuklah. Ayah, hati-hati yer bawak kete, we miss u sooooo muchhhhhh

Sunday, 4 October 2009

Thunderbird

hari ni kami sekeluarga pegi TUDM Subang nak tengok pertunjukan jet thunderbird...Sebenarnya umi tak tau sangat pasal jet2 ni...umi gi sana semata-mata nak naik kapal terbang tentera tu...klu boleh lah... punyalah sesak jalan masa tu
eh! umi tak sampai lagi ker?ramai gak yang datang masa tuSedapnyer Iqram tido...tengah panas2 pun dia syok tido kat perut ayah tu
Sukanyer dia..nasib baik Iqram tak nangis sebab bunyi jet tu kuat betul

Saturday, 26 September 2009

Inilah kampungku

sebenarnya ni kampung ayah...tapi kira kampung umi jugaklah tu...beruntung umi sebab di kampung ayah masih ada sawah padi (umi suka sangat tgk sawah padi)....susah sekarang ni nak carik sawah padi kat N9 ni...lagi2 daerah Jelebu...mana nak carik pokok beras?..nnt Iqram kenallah pokok padi... ni gambar yang kami ambil masa cuti raya hari tu..Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah swt...mari kawan2 kita cuci mata tgk keindahan alam semula jadi ni..

Monday, 21 September 2009

Hari Raya Aidilfitri

Tahun ni merupakan tahun pertama umi sekeluarga beraya bertiga...Tahun lepas 2 org jer..tapi tahun ni rasa seronok sangat sebab dah ada anak kan...tahun ni jugak umi dok kutip duit raya Iqram...raya tahun ni kami beraya di kampung ayah dulu...raya ke-2 baru balik kg umi...seronok sangat raya tahun..jalan2 dok kenalkan anak pada sedara mara...tahun ni tema kami warna coklat..semua beli dah siap...umi tak der masa nak jahit baju...ni gambar kami di pagi raya
Iqram tengah mengantuk tu baru bangun dari tido

Thursday, 10 September 2009

Iqram & Ayah

Hari ni ayah gan kawan2 office nak pi berbuka dekat hotel. Bestnyer ayah dapat makan kat hotel. Sebelum pergi sempat pulak posing dulu. Kebetulan pakai baju sama warna dengan Iqram. Umi pun suruhlah ayah posing dengan anak teruna yg sorang tu.

Ayah senyum, tapi Iqram duk nganga2 mulut

Iqram 5 bulan

Hari ni Iqram gi cucuk tuk 5 bulan...berat badan hari 7.3 kg jer...naik 500 gram dari bulan lepas...masa cucuk tu Iqram tengah nangis..kesian dia mesti sakit sbb peha dia masa tu tgh keras sebab dia meronta...bengkak jgk peha dia balik tu...umi tuam ngan air suam... lepas gi buat monthly checkup tu kami bertiga teruslah ke Jusco Puchong... konon-konon nak carik walker Iqram...tapi tak der yg kenan....Umi ngan Ayah yg shopping baju raya...Iqram dapat baju tido sepasang... Lepas gi Jusco Puchong singgah kedai Anakku kat Giant bukit Putri tgk walker tapi mahai sungguh...terus ajak ayah pi kedai manjaku kat bangi.... sampai kedai tu banyak sungguh pilihan walker...mcm2 ada...murah pun murah....so dapatlah beli walker tuk Iqram akhirnyer...balik dari manjaku ajak ayah singgah Jusco Equine sebab umi minat 1 baju tu tapi tak der saiz...igt adalah saiz kat Jusco Equine tapi malang sungguh tak do jgk saiz nyer...tak perlah tak der rezeki umi nak pakai baju tu.... terus balik rumah...dari pagi sampai ke petang kita org jalan...mmg tak rasa lapar...tapi bila dah sampai rumah barulah rasa lapar...ni gambar Iqram naik walkersuker sangat dia...sampai juling mata