klik-klik

Thursday 16 June 2011

Alhamdulillah, Dia Telah Sampai Di Sana

Pagi ini ummi telah berkesempatan untuk bertanya khabar dengan seorang kawan lama yang sama-sama pernah berjalan kesana kemari menjalankan tugas suatu ketika dahulu. Gembira mendengar perkhabaran darinya yang baru pulang menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila beliau menceritakan pengalaman berada di Tanah Suci. Segalanya berjalan dengan lancar dan beliau berkesempatan untuk melawat makam Rasul dan mencium Ka'abah. Syukur Alhamdulillah sahabatku ini telah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Ummi juga mempunyai azam untuk menjadi tetamu Allah satu masa nanti. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga untuk pergi ke sana nanti. Amin....

Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara
Muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum mati

Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mgkin difinasi sy tidak sama dgn anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir2kanlah. Salam mesra.

Hanya tinggal kenangan...

No comments:

Post a Comment