klik-klik

Tuesday 27 April 2010

Sinar Cahaya Ayat Kursi

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu. Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis: 1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain. 3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya. 4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya. 5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. 6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.. 7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A..W. bersabda, "Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." "Utamakan SELAMAT dan SEHAT untuk Dunia-mu, utamakan SHOLAT dan ZAKAT untuk Akhirat-mu" AMIN......

Sukernyerrrr

Entry ni dah lama ummi nak masukkan tapi sebab bz maka tertangguhlah. Atuk ngan wan datang rumah sebab dengar Iqram demam. Itulah kasih sayang datuk dan nenek yer, bila dengar cucu demam, kelam kabut datang jenguk cucu walaupun jauh. Terima kasih atuk dan wan datang lawat Iqram. Bila atuk dan wan nak datang sini lagi?... bila atuk ngan wan datang ummi pun bawak lah gi Jusco sebab kesian tgk berkurung jer kat rumah 11 tingkat kami tu. Kesian... Kakak ain pun ponteng sekolah nk jenguk Iqram, so ummi pun upahlah main game kat jusco, Iqram pun join sekali "Kakak ain, kita nak main apa ni?" Sukanyer dapat main game Iqram yang tak berapa nak sihat "Pegang kuat-kuat Iqram, nnt jatuh"

Monday 26 April 2010

SKPD

Semalam ummi pergi dengar ceramah SKPD. Apa itu SKPD? SKPD ialah Seminar Kenali Potensi Diri yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman. Mesti ramai yang pernah dengar ataupun pernah join SKPD ni kan?. Setakat yang ummi dengar semalam, ceramah ni bagus untuk sesiapa yang ingin mengenali watak diri sendiri. Banyak yang ummi belajar semalam. Ummi rasa ummi perlu mengikuti kelas mentor pulak lepas ni bagi membimbing ummi untuk mencapai cita-cita ummi. Ummi jugak belajar tentang Alpha wave. Ummi nak cuba pratikan. Mana tau menjadi pulak dengan Izin Allah s.w.t. Banyak yang ummi nak kongsikan. Tapi tak boleh publish kat sinilah, nnt kena saman pulak dengan Dr Azizan. hehehe...sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKPD ni, boleh YM ummi. Untuk Suamiku, Abang, terima kasih kerana sudi membenarkan ummi pergi seminar ni dan tolong ummi jagakan Iqram, abang ada nombor cermin tau. Untuk Iqram Ummi mintak maaf yer sayang sebab seharian ummi tinggalkan Iqram dengan ayah, ummi kena pergi seminar ni sayang. Untuk Kakak kesayanganku, Terima kasih kerana teman adikmu pergi seminar ni, jangan lupa praktik alpha wave yer. PS: Kak Ita, rugi tak datang, nnt untuk kelas mentor boleh kita gi sama2 kak?..2 hari nyer kelas

Friday 23 April 2010

"Rooney Junior"

Kegilaan peminat-peminat bola sepak terhadap Rooney memang tidak dapat disangkal lagi. Bila sebut jer pasukan MU mesti orang akan terfikirkan Rooney. Ummi tak lah arif sangat pasal bola sepak ni. Tapi disebabkan ayah minat bola sepak, ummi pun tengoklah jugak sikit-sikit. Ayah minat pasukan MU. So anaknyer pun mestilah ikut ayah. Meh tengok gambat Rooney Junior ni.. letih dah..rehat dulu....

Thursday 22 April 2010

Future Driver In Traning

Sejak akhir-akhir ni ummi tengok Iqram ni kalau naik kerete mesti nak duduk kat tempat pemandu..konon2 nak bawak kete...Iqram mana layak lagi nk bawak kete sayang...Iqram kecik cinonit lagi....tunggu dah besaw baru boleh bawak kete yer...ummi dan ayah jadi bosss kat belakang...hehehe Anak ummi ayah ni nak jadi Pelumba F1 ker dah besaw nnt?...

Tuesday 6 April 2010

Iqram First Birthday

To day is Iqram birthday....dah setahun umur anak ummi dan ayah ni... rasa mcm baru jer semalam Iqram lahir.. Sempena Birthday Iqram yang setahun ni kami celebrate kat A Famosa Resort. Kebetulan Office ayah ada buat family day..so join skali lah...tak buat meriah pun, cuma potong kek tuk Iqram...Ummi dan ayah doakan Iqram panjang umur dah murah rezeki, jadi anak yg soleh, taat perintah Allah, hormat orang tua dan semoga menjadi anak yang pintar dan bijak. Gambar nnt ummi upload yer

Thursday 1 April 2010

Tawas

Sambil ummi dok surfing internet membaca forum-forum dan blog-blog tadi ummi terbaca tentang Tawas ni. Ummi percaya kawan-kawan mesti dah pernah dengar pasal tawas nikan. Ummi dah lama dengar jugak cuma sekarang baru tergerak hati nk daftar. Boleh daftar secara online sekarang klik di sini. Antara syarat utama dia anak mesti lahir di Negeri Selangor. Ibu Bapa yang dah bermaustatin lebih 10 tahun pun layak memohon. Marilah kawan-kawan kita daftar beramai.