Mesti ramai yang minat tengok cerita ni kan?.. Ummi pun minat tgk cerita ni, dari zaman kanak-kanak lagi...sukanyer bila TV9 buat tayangan ulangan cerita ni...Iqram pun suka tgk cerita Fantaghiro...asyik sebut "ummi nak tengok citer Fantaghiro"...hehehe... ummi jumpa ni kat youtube... sajer nk kongsi...
Tarabas yang hensem..
klik-klik
Showing posts with label Umum. Show all posts
Showing posts with label Umum. Show all posts
Monday, 14 November 2011
Thursday, 25 August 2011
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011
Salam ramadan, salam aidilfitri kepada semua pembaca blog ummi. Dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap. Tahun ini ummi beraya di kampung ayah dahulu. Ikut giliran supaya adil. Bagi ummi raya mana-mana pun sama, yang penting dapat bersama keluarga. Oklah...nanti jumpa selepas raya yer.... upload gambar raya...
Monday, 4 July 2011
Ujian buat Norma Dan Talib
Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, baru sahaja memiliki seorang cahaya mata, namum amat berat dugaan yang ditanggung. Semoga Allah permudahkan segala urusan mu wahai saudara... Norma
Tuesday, 14 June 2011
Dia Yang Kehilangan Suami
Ummi terbaca blog mawar nafastari dari blog mawaddah. Semoga Allah memberi kekuatan pada mawar dalam mengharungi hidup yang penuh liku ini. Semoga Embun dan Kekwa membesar menjadi anak yang solehah serta sentiasa mendoakan ibu dan ayahnya...tiada kata yang mampu diucapkan..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Al-Fatihah buat arwah nafastari...
Tuesday, 5 April 2011
Kitchen Cabinet Ummi
Seperti yang dijanjikan ummi nak upload gambar KC yang dah siap tu..jom layan...
gambar sebelum
Gambar Selepas
Material : i-color
Table Top : concrete
Lenght : 14' * 5'
gambar sebelum
Gambar Selepas
Material : i-color
Table Top : concrete
Lenght : 14' * 5'
Monday, 3 January 2011
Selamat Tahun Baru
Wahhh sudah melangkah ke tahun 2011...selamat tinggal 2010...tahun baru, azam baru...Ummi tak der azam...cuma ummi harapkan tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnyer...ingin berjaya dan terus berjaya dalam hidup, karier, bisness dan semuanyer lah...semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga...aminnn
Wednesday, 20 October 2010
20102010
Hari ni tak der topik nak cerita, tiba-tiba teringat pulak tarikh hari ni 20.10.2010...cantikkan tarikh hari ni? Saper2 yang berhajat ingin mengabdikan kenangan pada tarikh hari ni amatlah sesuai. Senang nak ingat. Ummi tak der plan apa-apa pun. Ayah pun Outstation.. Kalau tak boleh jugak pergi shopping malam ni.hehehehe...
Friday, 1 October 2010
Adik Rayyan
Pasti ramai yang telah membaca kisah adik Rayyan. Ummi selalu membaca entry tentang adik Rayyan. Bertapa kuatnya anak ini melawan penyakit yang dihadapinya. Sehingga ke hari ini adik Rayyan masih berjuang untuk meneruskan hidupnya. Ummi sangat bangga dengan Rayyan. Walaupun usianya masih kecil, beliau mampu melawan kesakitan yang dihadapinya. Teruskan usahamu wahai Rayyan. Ummi berdoa semoga kamu kembali pulih menjadi anak yang sihat, ceria dan tersenyum. Buat ibu Rayyan, tiada ungkapan yang mampu mengambarkan perasaanmu, kamu sungguh tabah. Kamu antara ibu-ibu yang terpilih untuk menerima ujian Allah, pasti ada hikmah disebaliknya.
Monday, 26 April 2010
SKPD
Semalam ummi pergi dengar ceramah SKPD. Apa itu SKPD? SKPD ialah Seminar Kenali Potensi Diri yang disampaikan oleh Dr Azizan Osman. Mesti ramai yang pernah dengar ataupun pernah join SKPD ni kan?. Setakat yang ummi dengar semalam, ceramah ni bagus untuk sesiapa yang ingin mengenali watak diri sendiri. Banyak yang ummi belajar semalam. Ummi rasa ummi perlu mengikuti kelas mentor pulak lepas ni bagi membimbing ummi untuk mencapai cita-cita ummi. Ummi jugak belajar tentang Alpha wave. Ummi nak cuba pratikan. Mana tau menjadi pulak dengan Izin Allah s.w.t. Banyak yang ummi nak kongsikan. Tapi tak boleh publish kat sinilah, nnt kena saman pulak dengan Dr Azizan. hehehe...sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang SKPD ni, boleh YM ummi.
Untuk Suamiku,
Abang, terima kasih kerana sudi membenarkan ummi pergi seminar ni dan tolong ummi jagakan Iqram, abang ada nombor cermin tau.
Untuk Iqram
Ummi mintak maaf yer sayang sebab seharian ummi tinggalkan Iqram dengan ayah, ummi kena pergi seminar ni sayang.
Untuk Kakak kesayanganku, Terima kasih kerana teman adikmu pergi seminar ni, jangan lupa praktik alpha wave yer.
PS: Kak Ita, rugi tak datang, nnt untuk kelas mentor boleh kita gi sama2 kak?..2 hari nyer kelas
Thursday, 1 April 2010
Tawas
Sambil ummi dok surfing internet membaca forum-forum dan blog-blog tadi ummi terbaca tentang Tawas ni. Ummi percaya kawan-kawan mesti dah pernah dengar pasal tawas nikan. Ummi dah lama dengar jugak cuma sekarang baru tergerak hati nk daftar. Boleh daftar secara online sekarang klik di sini. Antara syarat utama dia anak mesti lahir di Negeri Selangor. Ibu Bapa yang dah bermaustatin lebih 10 tahun pun layak memohon. Marilah kawan-kawan kita daftar beramai.
Monday, 29 March 2010
Pindah Sudah...
Kami sekeluarga telah pun berpindah ke rumah baru...sangat letih..tapi ada kepuasan di situ, walaupun rumah kami tidaklah sebesar mana, namun kepuasan tinggal di rumah sendiri dapat ummi dan ayah rasakan. Iqram yang comel itu pun tolong jugak...tapi tolong kacau n tolong tgk org buat keje jer lah...ummi belum ada masa nak upload gambar lagi...nnt ada masa ummi upload...rumah pun belum kemas habis lagi..
Friday, 26 March 2010
Pindah Rumah
Esok kami sekeluarga nak pindah rumah baru...Sangat letih yer pindah rumah baru ni...nampak barang macam sikit...tapi dekat nk 10 kali duk ulang alik hantar barang ke rumah baru...so malam ni lastlah tido kat rumah sewa....Iqram pun hari ni last mak yati jaga... sedih jugak nk pindah...tapi nak buat cam ner....lumrah kehidupan... yang bertemu pasti akan berpisah....tak perlah nnt senang2 boleh datang lawat mak yati.. Iqram pun ummi perasan macam sedih jer nak pindah....menung sana..menung sini....kesian anak ummi ayah ni....nanti mesti dia rindu dengan abg irfan ngan kakak2 dan kawan-kawan kat rumah tu....
Friday, 19 March 2010
Pendaftaran Tahun 1 Online
Zaman sekarang ni semuanyer nak secara online, daftar upu online, daftar jpa online, shopping online, daftar tahun 1 pun online. Ummi tak tau pun yang tahun 1 sekarang ni kena daftar online. Selalunyer pergi jer kat sekolah pastu daftar. Sekarang ni cikgu dah tak nak terima cara macam tu, dia suruh daftar online dulu baru datang sekolah buat pengesahan. Zaman telah berubah. Internet dah menjadi keperluan masa sekarang ni, bukan lagi kemahuan. Pada ibu bapa yang anaknyer lahir pada tahun 2004 & 2005 bolehlah mendaftar anak mereka di http://apps.emoe.gov.my/esppsel/pptahun1. pendaftaran ni bagi anak-anak yang ingin bersekolah di selangor. Negeri lain ummi tak pastilah pulak kena daftar online atau tidak. Nanti klu kena daftar online cikgu sekolah berkenaan akan bagi tau pada penjaga.
Wednesday, 2 September 2009
Tips Temuduga
sajer nak share ngan kawan-kawan
Tips menghadapai temuduga
Temuduga merupakan teknik bagi memudahkan sesuatu pihak memahami dan mengenali diri seseorang. Dalam konteks pekerjaan, temuduga ditafsirkan untuk sesebuah majikan menilai diri seseorang itu sebelum beliau diambil bekerja atau berkhidmat dengan mereka.
Objektif penemuduga
Sebelum menghadapai temuduga, anda perlulah mengetahui objektif atau matlamat penemuduga. Ini adalah bagi memastikan diri anda berusahah untuk mencapai ke arah mtlamat itu. Biasanya penemuduga mahu melihat kebolehan anda berkomunikasi dengan baik. Ini adalah bagi melihat sejauh mana keyakinan anda dalam berkomunikasi dan teknik atau cara anda menyampaikan sesuatu. Seseorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dalam percakapan dan mampu menghantar matlumat yang mudah difahami kepada si pendengar akan menambahkan minat penemuduga terhadapat anda. Kepentingan ini adalah aplikasi dalam dunia pekerjaan anda yang memerlukan anda berinteraksi dengan individu atau kelompok lain.
Selain itu, penemuduga ingin melihat sama ada anda mempunyai kelayakan yang bersesuaian ataupun tidak. Menerusi persoalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh anda, ianya melambangkan kelayakkan diri anda dalam melakukan pekerjaan itu. Penemuduga juga ingin melihat sejauh mana semangat dan komitmen diri anda dalam mencapai pekerjaan itu. Sekiranya anda tidak mampu menunjukkan keprihatinan anda terhadap temuduga itu dan hadir dengan keadaan tidak bersedia, ianya akan menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja yang ditawarkan.
Perkara yang penting sekali ialah berkaitan perwatakan diri anda. Seseorang yang memiliki perwatakan menarik, mementingkan kekemasan dan kesempurnaan serta nilai moral yang tinggi mampu untuk menjatuhkan minat penemuduga terhadap anda. Sekiranya anda hadir temuduga dengan wajah yang bengis dan keterampilan diri yang buruk sudah pasti penemuduga telah ada jawapan gagal terhadap temuduga anda.
Persediaan sebelum temuduga
Jangal sambil lewa dengan temuduga yang bakal dihadapai dan jangan pula terlalu fokus. Fokus yang terlalu tinggi diberikan dalam persediaan menghadapai temuduga akan memberikan tekanan kepada diri anda dan juga ketakutan yang tinggi. Ini mampu menyumbang kepada kegagalan kerana kurang keyakinan diri. Sementara jika anda tidak mengambil endah pula akan menyebabkan anda gelabah dalam sesi temuduga itu dan pastinya gagal memberikan jawpan yang sempurna kepada penemuduga.
Jadi cukuplah dengan persediaan untuk menghadapainya secara sederhana. Perkara pertama dan utama yang perlu anda bersedia ialah resume anda. Walaupun anda telah memberikan resume kepada pihak tersebut, tetapi anda diigatkan untuk membawanya juga bagi persediaan sekiranya diminta. Selain itu, pastikan pakaian yang lengkap untuk sesi temuduga tersebut telah disediakan dengan baik.
Anda perlulah tenang sepanjang malam itu dan elakkan dari perkara – perkara yang boleh memberikan tekanan kepada anda berlaku. Jangan terlalu memikirkan mengenai temuduga itu kerana ianya menambahkan lagi ketakutan diri anda. Anda perlulah menyediakan dengan lengkap sijil – sijil dan transkrip akademik anda dan susunkannya dengan kemas di dalam fail atau sebagainya.
Pastikan anda telah mempunyai jawapan dalam menceritakan mengenai diri anda. Ini adalah soalan wajib yang akan ditanyakan oleh penemuduga. Selain itu, anda perlu membuat kajian terhadapat syarikat tersebut dan sediakan soalan untuk diajukan kepada penemuduga itu nanti. Ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan anda dan minat yang tinggi terhadap syarikat mereka. Yang terakhir pastikan wajah anda kemas tanpa jambang atau sebaginya dan memiliki rambut yang rapi.
Persediaan semasa temuduga
Pastikan diri anda telah cukup segala – galanya seperti yang telah ditekankan sebelum ini sebelum melangkah ke bilik temuduga. Jangan terus masuk ke bilik tersebut sebelum anda dipelawa. Masuk dengan tenang dan sampaikan salam atau ucapkan selamat sejahtera kepada penemuduga. Tunggu penemuduga ingin menghulurkan tangan dahulu untuk berjabat tangan dan pastikan anda berdiri pada waktu itu. Anda perlulah tunggu sehingga dijemput duduk dan duduk dengan perlahan tanpa bising.
Selepas duduk jangan pula anda meletakkan barang dan tangan anda di atas meja kecuali disuruh berbuat demikian. Tolong pastikan mata anda tidak merayap untuk membaca surat – surat atau kertas yang terdapat di atas meja. Pastikan anda senyum dan ceria sepanjang masa. Apabila bercakap pandanglah wajah penemuduga itu dan jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap. Jangan amalkan makan gula getah ataupun gula – gula ketika sedang ditemuduga.
Anda dinasihatkan supaya tidak berbohong dalam menjawab soalan – saoalan yang diajukan. Sekiranya anda benar – benar tidak tahu lebih baik anda berterus terang daripada anda berbohong. Anggapkan diri anda yang terbaik dan tonjolkan kelebihan – kelebihan diri anda. Ianya bukanlah untuk berlagak tetapi penting untuk menaikan nilai diri anda. Namun perlu ingat percakapan anda perlulah sopan dan tidak terlalu excited sehingga menjelikkan penemuduga.
Ajukan soalan mengenai sayrikat tersebut dan jangan ajukan soalan yang sukar dan tidak mampu dijawab oleh penemuduga. Anda tidak perlu membantah sekiranyan terdapat percanggahan pendapat sebaliknya anda perlulah menyokong pendapat beliau. Tunggu penemuduga menamatkan sesi itu dan bangun untuk bersalam dengan penemuduga dan keluar dengan ucapkan salam lagi sekali.
Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga
Jangan terlalu berbangga – bangga dengan apa yang telah dicapai oleh anda. Cukup sekadar memberitahu sahaja. Jangan memandang rendah kepada penemuduga dan mengelak dari menjawab soalan penemuduga. Anda diansihatkan tidak menggunakan nama – nama orang besar bagi menyebabkan penemuduga berasa kagum dengan diri anda kerana perkara sebaliknya akan berlaku. Jangan sekali kala memerli penemuduga dengan jawapan anda dan mengatakan diri sendiri cukup sempurna untuk memiliki pekerjaan itu. Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia
Friday, 24 July 2009
Pecah Masuk
Semalam masa ambil Iqram dari rumah kak Yati ....kak yati cerita rumah depan kena pecah masuk. Habis semua barang kemas n duit tabung anak orang tu dia ambil. Pastu dia geledah rumah habis berselerak. 2 hari lepas rumah kat tgkt 3 blok B kena geledah. Habis jgk barang kemas. Pagi tadi masa hantar Iqram kak yati kata rumah tingkat 8, 2 buah rumah kena geladah... tak taulah saper punya keje... umi dah takut dah...risaulah klu menda2 cam ni... dah lah lif 2 mggu rosak...Hubby plak tak do gi outstation... mintak2 Allah jauhkan dari segala masalah pecah masuk ni...Harap2 orang yang buat tu kena tangkap lah cepat...
Thursday, 16 July 2009
BUNGA BUNGA MATAHARI
15 Julai 2009, 8.00 am - 2.30 pm. Hari ni ada taklimat majikan dekat PICC. Ummi kena bertugas jaga kaunter SPGA. Sebenarnyer bukan nak cerita pasal tugas. Umi nak cerita pasal bunga. Lepas habis taklimat tu umi n kawan2 pun gi lah cabut bunga-bunga yang ada dalam dewan tu. Bunga Fresh lagi... so apa lagi dari dia org buang baik kita org ambil bawak balik.. ni ada skit gambar umi ambil buat kenang-kenangan. Macam-macam bunga ada, bunga matahari, bunga ros, bunga apa ntah lagi...umi tak tau nama..hehehe...tengoklah sendiri hasil gubahan umi yang tak reti bab ngubah2 ni...
Thursday, 1 January 2009
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca blog mojako comel...kenapa mojako comel? hehehe sebab masa kecik2 dulu suka sangat tengok cerita kartun mojako...korang penah tengok tak kartun tu?...bulat2 jer katun tu..comel warna oren...sampai sekarang pun mmg suka kartun tu... YM pun guna nama yang sama...kepada pembaca blog mojako saya ucapkan terima kasih banyak2...sebenarnya saya berminat nak buat blog ni bila saya terbaca blog kawan2...semuanyer best2...teringin jgk nak buat blog sendiri....sekurang2nyer leh gak letak apa2 yg penting kat dalam ni untuk rujukan masa depan..maklumlah makin meningkat usia ni makin banyak plak yg lupa....bila ada blog ni boleh baca balik klu lupa...anyway enjoy lah kawan2 baca blog saya ni...
Subscribe to:
Posts (Atom)

