klik-klik

Thursday 30 June 2011

Ummi dah sudahhhh....

Tersebutlah kisah disuatu malam yang sunyi...Si ibu sedang membuat coklat di dapur dan si anak ke bilik air untuk mandi tapi CD tak tanggal lagi.. seketika kemudian si ibu pun pergilah ke bilik air untuk melihat si anak yang katanya " Ummi dah sudahhhh"... Alangkah terkejutnya si ibu apabila melihat air melimpah di dalam bilik tidur, bertakung sampai ke tepi katil... si ibu punyalah terkejut nasib baik tak bertukar menjadi ghimauuu.. wahai anak, kenapalah buat begitu?...tak boleh sayang buat begitu, lain kali jangan buat lagi yer...Ummi tahu kamu mempunyai sifat ingin mencuba yang tinggi, tapi cara itu tidak betul sayang....ingat pesan ummi ni yer...

Thursday 23 June 2011

Lagu Favourite Dia



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Aku : " Kenapa abang suka dengar lagu ni?"
Dia : " Saja jer "
Aku : ( Dalam hati ) 'jiwang jugak dia ini, hehehehe'

Sudah lama aku ingin bertanya kepada dia kenapa dia sangat suka lagu ini. Di handphonenya juga apabila nomborku yang memanggil pasti lagu ini kedengaran. Pasti ada sesuatu yang istimewa tentang lagu ini yang aku sendiri tidak pasti. Apa-apa pun aku sangat menyayangi dia.

Thursday 16 June 2011

Alhamdulillah, Dia Telah Sampai Di Sana

Pagi ini ummi telah berkesempatan untuk bertanya khabar dengan seorang kawan lama yang sama-sama pernah berjalan kesana kemari menjalankan tugas suatu ketika dahulu. Gembira mendengar perkhabaran darinya yang baru pulang menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila beliau menceritakan pengalaman berada di Tanah Suci. Segalanya berjalan dengan lancar dan beliau berkesempatan untuk melawat makam Rasul dan mencium Ka'abah. Syukur Alhamdulillah sahabatku ini telah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Ummi juga mempunyai azam untuk menjadi tetamu Allah satu masa nanti. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga untuk pergi ke sana nanti. Amin....

Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara
Muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum mati

Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mgkin difinasi sy tidak sama dgn anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir2kanlah. Salam mesra.

Hanya tinggal kenangan...

Wednesday 15 June 2011

Tolong saya turunkan berat badan

Sejak akhir-akhir ni, ummi mengalami masalah berat badan yang serius. 69 kg ok...Tak pernah-pernah berat ummi sampai macam ni sebelum ni. Masa mengandungkan Iqram pun tak cecah berat ni. Macam manalah ummi nak turunkan berat badan ni yer?.. Cadangnya nak mula berpuasa esok. Puasa hari-hari sampai menjelang ramadhan. Harap-harap boleh turun sikit berat badan. Sekarang ni, bila pakai baju kurung pergi kerja rasa macam tak selesa jer sebab dah sempit. oooo tidak!!!!!! Aku dah gemuk!!!!Tolong! tolong! Saya tak mahu gemuk, kecuali kalau mengandung...hehehehe....Harap-harap boleh turun berat badan semual kepada 50kg...Boleh ker?....19 kg kena turun...uuuhhhh..jenuh2

Tuesday 14 June 2011

Mawar itu sangat cantik....

Ummi sangat suka pada bunga. Tambah-tambah bunga segar. Sempena hari jadi en suami tercinta yang lepas, ummi telah menempah bunga yang agak banyak. Cadangnya mahu beri pada En suami sebanyak 50 kuntum, tapi tidak kesampaian kerana susah nak gubah. Akhirnya hanya 36 kuntum sahaja yang ummi mampu buat. Selebihnya itu ummi pun gubahlah 5 kuntum sebanyak 3 set untuk diberi kepada kawan-kawan ummi. Pemberian ini sebagai tanda ummi menghargai dan tanda terima kasih atas persahabatan yang terjalin selama ini. Kepada Kak Jijan, Kak Niza dan Wani, terima kasih kerana sudi menerima sedikit tanda ingatan dari saya. Kepada Puan Shida harap jangan kecil hati kerana tidak menerima bunga dari saya. Untuk puan Shida ada sesuatu yang istimewa untuk anda bila naik kerja selepas cuti bersalin nanti.

Bunga mawar merah...

Dia Yang Kehilangan Suami

Ummi terbaca blog mawar nafastari dari blog mawaddah. Semoga Allah memberi kekuatan pada mawar dalam mengharungi hidup yang penuh liku ini. Semoga Embun dan Kekwa membesar menjadi anak yang solehah serta sentiasa mendoakan ibu dan ayahnya...tiada kata yang mampu diucapkan..berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Al-Fatihah buat arwah nafastari...