klik-klik

Friday 29 January 2010

Nilah kejenyer

Anak umi ni klu meniarap jer mesti nak pegi bawah kerusi, duk selit-selit bawah kerusi tu... klu tak lepas nak keluar, dia nangis... senyum-senyum tu tengok umi nak amik gambar dia Tengok...apa Iqram buat tu? gigit kerusi yer...mmmm Hah!! apa pulak yang ditinjaunyer kat atas tu?

Thursday 21 January 2010

Shaklee 1

Umi dah beli pil shaklee sebagai usaha nak tambah susu. Baru sampai hari ni. Umi terus cuba makan. Masa pump pukul 10.30 am dapat 3oz, 3.30 pm 3.5 oza, 7.00 pm 1.5 oz. total hari ni dapat 8 oz sahaja. Tak cukup untuk stok Iqram esok. Terpaksa tambah FMlah 1 botol. Esok umi nk tgk berapa Oz plak dapat. Harap-harap hasil lebih memberangsangkan. Aminnnnn

Buat aper tu?

ermmm...anak umi ni tengah buat aper tu?...senyap jer...meh tgk sikit Iqram buat per?...boleh umi join skali...Iqram...Iqram buat apa tu?
"alamak!! umi dah perasanlah..habislah aku""buat-buat tak dengarlah""Best pulak iklan kat TV ni, layan jap lah"

"Eh! umi panggil Iqram ker?...ada apa umi? boleh Iqram bantu?'

sampai lencun tali bantal tu Iqram isap...semua menda dia nak masuk mulut, nasib baik bukan jenis mengigit. Iqram sekarang ni dah 9++ bulan. Perkembangan dia skrg ni dah pandai panjat-panjat n berdiri, merangkak tak tau lagi, nak berdiri terus. Gigi masih kosong..dah pandai babai n tepuk tangan. Masih makan bubur yg dibland sebab klu bagi yg pejal dia uwek2...sangat manja...tido nak dgn umi, dukung nak dengan ayah...sian ayah asyik kena dukung Iqram jer...Iqram tu nak manja2 ngan ayah..Dekat rumah pengasuh asyik tido jer, balik rumah tak nak tido..main jer, kat rumah mandi, bagi makan, pakai baju ok tak nangis, kat rumah pengasuh nangis. Macam-macam peel dia skrg. Tak perlah dik, yang penting adik sihat..

Wednesday 20 January 2010

Susu FM

Semalam 1st time Iqram minum susu FM. Nasib baiklah dia boleh terima susu FM tu. Umi risau jugak kalau dia tak nak minum susu FM tu. Manalah umi nak sediakan stok EBM tuk Iqram nanti. Walaupun Iqram dah mula minum susu FM, tapi umi akan cuba sedaya upaya untuk pump jugak. Semalam nyer hasil dapatlah 10oz. Kalau nak ikutkan cukup tuk stok hari ni. Umi cakap pada pengasuh kalau tak cukup baru bagi susu FM. Harap2 cukuplah Iqram minum susu EBM jer. Hari ni jugak pil shaklee yang umi oder akan sampai. Nak terus cuba, mana tau boleh up balik susu. Tak payah Iqram minum susu FM.

Tuesday 19 January 2010

Akhirnyer...

Pagi ni umi terpaksa memberi Iqram susu FM untuk tambahan. Susu umi semakin hari semakin sikit...cuma dapat 8oz sahaja...tak cukup untuk bekalan Iqram di rumah pengasuh. Dengan berat hatinyer umi terpaksa memberi Iqram susu FM hari ni... tak taulah IQram boleh terima atau tidak?...Apa perasaan umi?..umi rasa sangat sedih sebab penyakit M umi makin menjadi-jadi... umi rasa terkilan sebab tak dapat susukan Iqram sampai umur dia 2 tahun... umi rasa bersalah pada Iqram... maafkan umi yer Iqram...umi cuma berjaya fully breastfeed Iqram selama 9bulan 2 minggu 1 hari....sangat sedih...

Thursday 14 January 2010

bonus 2009

hehehehe...sukernyer umi hari ni...slip bonus dah dapat...so esok bolehlah kuarkan duit bonus...hehehehe..baru jer dpt bonus hari tu dapat lagi bonus...alhamdulillah....umi nak buat pelaburan...semoga pelaburan umi berjalan dengan lancar.

Friday 8 January 2010

Iqram & Baby Sitter

Pagi tadi ayah kata Iqram dah tak nak gi rumah 'mak yati'. Menangis Iqram masa ayah hantar rumah 'mak yati'. Masa umi ambil waktu petang pun umi dengar Iqram tengah nangis. Kesian pulak umi bila dengar Iqram nangis. Mak yati kata Iqram nangis waktu nangis, waktu makan, masa pakai baju, waktu main... kesian umi tengok...masa umi bawak balik rumah...memang Iqram nangis jugak...tak boleh tinggal sorang...umi pun tak boleh nak buat kerja rumah sangat...umi layan jer Iqram main dulu...kesian pulak tgk dia seharian menangis...umi tak tau sebab apa Iqram nangis. Nak kata kembung ok jer...nk kata lapar dah makan dah..harap2 hari ni Iqram oklah..Iqram janganlah nangis yer...sedih umi tgk adik nangis