klik-klik

Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Susu Ibu. Show all posts

Monday, 22 February 2010

Aksi Iqram

Hari ni umi nk upload gambar Iqram tengah mengisi Tangki Minyak keretanyer...hehehehe...apa lagi klu bukan sheneyyy.......stim jer mata Iqram ni...siap jeling2 lagi...klu tengah lapar...tak layan dah org keliling...

Thursday, 21 January 2010

Shaklee 1

Umi dah beli pil shaklee sebagai usaha nak tambah susu. Baru sampai hari ni. Umi terus cuba makan. Masa pump pukul 10.30 am dapat 3oz, 3.30 pm 3.5 oza, 7.00 pm 1.5 oz. total hari ni dapat 8 oz sahaja. Tak cukup untuk stok Iqram esok. Terpaksa tambah FMlah 1 botol. Esok umi nk tgk berapa Oz plak dapat. Harap-harap hasil lebih memberangsangkan. Aminnnnn

Wednesday, 20 January 2010

Susu FM

Semalam 1st time Iqram minum susu FM. Nasib baiklah dia boleh terima susu FM tu. Umi risau jugak kalau dia tak nak minum susu FM tu. Manalah umi nak sediakan stok EBM tuk Iqram nanti. Walaupun Iqram dah mula minum susu FM, tapi umi akan cuba sedaya upaya untuk pump jugak. Semalam nyer hasil dapatlah 10oz. Kalau nak ikutkan cukup tuk stok hari ni. Umi cakap pada pengasuh kalau tak cukup baru bagi susu FM. Harap2 cukuplah Iqram minum susu EBM jer. Hari ni jugak pil shaklee yang umi oder akan sampai. Nak terus cuba, mana tau boleh up balik susu. Tak payah Iqram minum susu FM.

Tuesday, 19 January 2010

Akhirnyer...

Pagi ni umi terpaksa memberi Iqram susu FM untuk tambahan. Susu umi semakin hari semakin sikit...cuma dapat 8oz sahaja...tak cukup untuk bekalan Iqram di rumah pengasuh. Dengan berat hatinyer umi terpaksa memberi Iqram susu FM hari ni... tak taulah IQram boleh terima atau tidak?...Apa perasaan umi?..umi rasa sangat sedih sebab penyakit M umi makin menjadi-jadi... umi rasa terkilan sebab tak dapat susukan Iqram sampai umur dia 2 tahun... umi rasa bersalah pada Iqram... maafkan umi yer Iqram...umi cuma berjaya fully breastfeed Iqram selama 9bulan 2 minggu 1 hari....sangat sedih...

Wednesday, 30 December 2009

Susu lagi

Sedihnyer rasa hari ni...umi dah cuba sehabis habisnyer nak pump susu untuk Iqram...tapi keadaan semakin kritikal...susu umi semakin lama semakin kurang...dari 10oz turun 8 oz turun 6oz... sampai buat umi betul2 tension...umi dah cuba baca novel supaya tak fikir sgt pasal susu masa mengepam...nampaknyer fikiran umi still tak boleh nak lari dari fikir susu hari ni dapat banyak atau sikit?...ramai kawan-kawan bagi nasihat supaya jangan fikir sgt...tapi tak taulah naper umi tak boleh buat....air masak sampai 2 liter minum setiap hari...makan punyalah banyak...tapi susu still tak cukup jugak...adakah kerana umi terlalu penat? tension? tak der saper nak support?(kawan kata support tu penting) mmmm umi pun tak tau kenapa?...tapi umi betul2 harap dapat teruskan bf untuk Iqram.....terasa macam bersalah pulak klu tak bf Iqram cukup 2 tahun....Ya Allah ya tuhanku....Kau murahkanlah rezekiku dan anakku......aminnn

Thursday, 17 December 2009

terharunyer

sepanjang umi menyusukan Iqram ni....banyak pengalaman yg umi lalui...tapi taklah sebanyak sifu-sifu yang lain....dah 8 bulan Iqram menyusu dengan umi...tanpa susu FM....apa yang umi nampak...Iqram lebih rapat dengan umi (ayah jangan jeles yer...nnt bila adik dan pandai jalan boleh geng ngan ayah pulak gi ngeteh kat kodai)...pantang tengok umi nak baring...dia awal-awal lagi dah negereng nak sheneyy(ayah cakap) lah tu....kadang-kadang umi sajer je usik Iqram tak nak baring dulu....pastu dia merajuk menangis...hehehe seronok jugak tgk dia merajuk...pastu bila nampak jer umi selak baju...dia pun start lah buat bunyi...ehek..ehek... hehehe...mmg kelakar...pastu bila dapat jer...mata macam stim jer...siap jeling2 lagi.....kadang-kadang gelojoh jugak....bila umi duk baring2...macam-macam gaya dia sheney kat umi...meniarap lah...ngerenglah..merangkak lah...panjat2 umilah....nak carik sheney dia....kadang2 dia gigit jugak tu...kena marah ngan umi sebab pedih oooo....walaupun susu umi dah sikit..umi akan usahakan Iqram tuk bagi Iqram cukup samapi umur 2 tahun...IQram doa2 yer...

Monday, 14 December 2009

Pening kepala

Nampaknyer usaha umi tuk susukan iqram sampai umur 2 tahun tak tercapailah jawabnyer...susu umi semakin sikit...Iqram pulak makin kuat menyusu...malam-malam mengamuk jer dia sebab susu sikit...semua ni buat umi tension & marah-marah pada Iqram sebab tak nak tido...semuanyer salah umi sebab malas mengepam.... dah lama umi usaha nak banyakkan susu...macam2 umi makan...tapi susu still kurang jugak...umi tawakal jerlah...nampaknyer umi kena campur FM bagi kat Iqram...umi mintak maaf Iqram sebab tak dapat nak susukan Iqram sampai 2 tahun....insyaAllah umi akan ambil ikhtibar dari pengalaman yang umi lalui untuk bekalan untuk anak yang ke2, 3 dan seterusnya...sangat sedih sebab tak dapat capai target...huhuhu

Tuesday, 4 August 2009

Risiko yang mungkin dihadapi bayi tidak diberi Susu Ibu

Umi jumpa ni kat internet tadi..sajer paste untuk panduan umi 1. Perkembangan kognitif dan kecerdasan. Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut (malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!) Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran. Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat. 2. Diabetes. Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap diabetes. 3. SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS. 4. Masalah pernafasan. Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada virus pada usia muda. Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu. 5. Jangkitan telinga. Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula. Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut. 6. Kanser. Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya. 7. Jangkitan saluran pencernaan. Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air (untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu. Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran pencernaannya. Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air besar. 8. Keberkesanan vaksin. Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya. (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.) 9. Perkembangan rahang dan otot muka. Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal melalui pipinya yang cantik membulat! Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding kanak-kanak yang minum susu formula. Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang tersusun rapi. 10. Obesiti Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti (kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja). Kesimpulan: banyak lagi masalah kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung, alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.

Wednesday, 29 July 2009

Makanan banyakkan susu

Sejak dah jadi umi n menyusukan Iqram sepenuhnyer...umi selalu survey makanan yg boleh menambahkan susu... antara makanan yang umi dah cuba.. jantung pisang (dulu tak suka..demi adik umi sukakan jgk...) milo kurma carrot susu (memang sedap) pegaga Pisang air masak durian Bubur Keledek Sayur Keledek Holicks

Friday, 24 July 2009

Update susu

Semalam umi cuma dapat stok EBM 16.5 oz jer...kurang lagi...cam ner yer umi dah makan makanan yg menambahkan susu...tapi mcm tak berjaya jer...mungkin semalam umi minum teh kot...tu yg susu cam kureng jer...tak perlah hari ni umi nak cuba lagi tambahkan stok EBM...go go chayok umi...

Thursday, 23 July 2009

SUSU IBU

Mulai hari ni umi kena berusaha untuk mengepam lebih kerap...EBM untuk Iqram tinggal sikit jer..Iqram pulak dah kuat minum susu..klu sebelum ni minum cuma 3 oz..sekarang dah 5 oz...sehari dalam 30 oz Iqram minum...umi plak cuma dapat 18 oz jer....so start hari ni kena mkn makanan yang banyakkan susu n kerap mengepam...semoga ada rezeki untuk Iqram....aminnn