klik-klik

Friday 30 July 2010

Iqram Rindu Ayah

Lamanyer ummi tak update blog. Sejak akhir2 ni agak sibuk sikit. Banyak urusan yang perlu diselesaikan. Sebenarnyer ummi nak cerita pasal Iqram rindu kat ayah. Sudah 4 malam Iqram tidur tanpa ditemani oleh Ayah sebab Ayah pergi outstation ke Ipoh. Nak dijadikan cerita, malam2 sebelum ni Iqram tak der lah duduk atas perut ummi lepas tu buat senaman macam sit up tu... tapi malam tadi tiba2 jer datang dekat ummi duduk atas perut ummi pastu buat sit up. Agaknyer Iqram rindu dekat ayahlah tu. Memang tiap2 malam sebelum tido Iqram akan buat sit up dengan ayahnyer. Ni dah 4 malam tak jumpa ayah... rindulah tu nak buat sit up dengan ayah. Ayah tak der ummilah yang kena layan Iqram buat sit up. Kesian Iqram dah lama tak manja dengan ayah. Sabar yer sayang, malam ayah balik. Nanti Iqram boleh manja dengan ayah yer. Note: Malam ni ummi dapat tido lena...aci tak? hahahaha

Tuesday 6 July 2010

Family Day (Pulau Pangkor)

Hjg minggu lepas kami sekeluarga pergi bercuti ke Pulau Pangkor. Company tempat ayah kerja ada buat family day, so ummi ngan Iqram pun joinlah sekali. Kami singgah di rumah anak-anak yatim Al-Barakah kat teluk intan sebelum pergi ke Pulau pangkor. Serius ummi tak pernah pergi rumah anak-anak yatim ni. First time pergi, bila tengok anak-anak yatim ni, ummi rasa sedih sangat. Mengalir jugak air mata melihat wajah-wajah yang mendambakan kasih sayang ibu bapa. Begitu tabah mereka mengharungi hidup ini tanpa kedua ibubapa. Memang sedih...jadi sesiapa yang masih mempunyai ibubapa, pergilah jenguk mereka selagi mereka masih ada didunia.... Antara wajah-wajah yang menjadi penghuni di sini habis dah...ummi banyak tido jer masa kat sana, memang rehat sungguh2 lah...

Monday 5 July 2010

Iqram dapat 'hadiah'

Nak tau apa 'hadiah' yang dimaksudkan tu...jeng..jeng..jeng... Kesian anak ummi... Al-kisahnyer semasa kami bercuti di pangkor, Iqram main-main dekat kerusi makan dalam apartment tu, ummi ngan ayah tengah minum petang, ntah macam mana kerusi yang Iqram main terjatuh atas dia lepas tu terkena dahi Iqram. Dalam beberapa saat jer benjol timbul kat dahi Iqram. Ya Allah kesian sungguh ummi tengok Iqram. Mesti sakit sangat, memang nangis kuatlah. Maaf Iqram ummi leka dalam menjaga Iqram.

Thursday 1 July 2010

Iqram Kena Gigit

Kesian anak ummi ni, kena gigit dengan kawan yang sama dijaga oleh Mak Ana. Oh yer, Mak Ana adalah pengasuh Iqram yang baru. Mak Ana kata dia dah asingkan mainan Iqram dengan kawannyer tu, tapi ntah masa bila dia dengar Iqram 'erk' sambil angkat tangan yang kena gigit tu. Kawannyer pulak tunjuk tangan Iqram yang kena gigit tu. Mungkin Iqram ambil mainan kawannyer tu, Kawanyer marah agaknyer terus digigitnyer tangan Iqram. Mula2 Mak Ana kata Iqram tak nangis sangat, tapi lepas sapu ubat tu baru dia nangis kuat. Alahaiii...sian anak ummi. Ingatkan x derlah kes gigit ni klu hantar kat baby sitter, tapi jadi jugak. Ummi pun dah buntu nak buat macam mana?...rasa macam nak berhenti keje jer jaga Iqram.. Tak pun ummi kena start survey tempat lain. Ummi takut perkara ni berulang lagi. Kesian Iqram, memang nampak kesan gigit tu, cantik jer teratur bekas gigi kawan Iqram tu kat tangan sebelah kiri Iqram. Memang kuatlah dia gigit..Harap2 hari ni tak derlah kes gigit ni lagi. Risau ummi dibuatnyer..