klik-klik

Tuesday 24 May 2011

Happy Belated Besday To My Lovely Husband

Hari tu ummi janji nak cerita celebration untuk besday ayahkan. So Entry kali ini ummi nak ceritakan kisah ummi menyambut besday ayah. Ayah lahir pada 16 Mei bersamaan hari Guru. Untungnya kalau ayah jadi cikgu, setiap tahun anak murid tolong sambutkan.. tapi ayah bukan seorang guru. So ummi dan Iqram pun plan nak sambut besday ayah kali ni agak berlainan dengan tahun-tahun sebelumnya. Al-maklumlah dah hampir 5 tahun kami mendirikan rumah tangga. Harap-harap ayah suka dengan kejutan yang ummi dan Iqram buat.

Besday ayah kali ni ummi dan iqram sambut lewat skit sebab 16 Mei tu kami ada kat kampung. Susah skit nak plan sebab semua barang-barang ada kat sini. Lagipun ayah cuti. Ingatkan ayah tak dapat cuti bolehlah ummi bagi kejutan pada 16 Mei tersebut. So ummi pun tunda pada hari jumaat 20 Mei... Pagi tu ummi bangun seperti biasa untuk pergi kerja. Tapi ummi tak bagi tau ayah yang ummi tak kerja. Sebenarnya terpaksa gi office sebab camera tertinggal. Lepas ambil camera ummi pun balik rumah untuk mulakan operasi. Ayah dah pergi kerja seperti biasa.

Mula-mula ummi buat apam dot-dot. Lama pulak nak siapkan sebab ummi guna banyak warna dan saiz acuan. Lepas siap apam dot-dot ummi buat coklat pulak tuk ayah. Sajer suka-suka...Ni acuan baru yang ummi baru beli. Kiranya ayahlah orang pertama yang rasmikan..ummi buat color hijau dan kuning. Ayah sangat suka color hijau... Lepas siap coklat, ummi start gubah bunga pulak... Kelam kabut jugak nak gubah bunga ni. Ummi tak pernah gubah bunga segar ni, 1st time gubah...kejap cabut, kejap ikat, kejap bubuh dawai... last-last jadi jugak walaupun tak berapa nak cantik..bunga segar ni ummi beli order sendiri dari cameron, orang tu pos hari rabu, sampai kat ummi hari khamis. Banyak jugak dia bagi extra kat ummi. Terima kasih pada en Riez(Kalau berminat nak tempah sila hubungi 016-5280976).. lepas siap bunga..ummi terus pergi hantar kat office ayah di Bangi.

Mula-mula ummi nak minta tolong officemate ayah bagikan bunga ni kat ayah. Konon-konon nak buat supriselah. Tapi tak jadi sebab officemate ayah panggilkan ayah suh amik sendiri. Kebetulan ada pulak officemate lain kat luar tengah buat keje. Malu pulak ummi rasa... hehehe..pas bagi bunga, coklat dan apam-dot-dot ummi terus gi jusco nak beli hadiah ayah pulak.

Balik dari jusco, balut hadiah dan terus tertido keletihan.. Petang tu ayah balik ummi letak hadiah pertama bawah sejadah. Masa ayah nak solat asar dia nampak hadiah tu. Pastu dia tanya " ni hadiah untuk abang ker?" ummi cakap "yalah untuk abang". Dia pun bukak hadiah tu. Lepas tu masa ayah duduk depan TV, Ummi dan Iqram bagi hadiah ke-2 dan ke-3 pulak... Ayah macam terkejut..mungkin dia ingat cuma 1 hadiah jer..hehehe... lepas tu ayah nak mandi, dia ambil towel, lepas tu jumpa lagi hadiah ke-4 yang ummi lekatkan kat hanger towel tu...
ayah: "eh, ada hadiah lagi tak?"
ummi :" sempena 5 tahun aniversary"..
ayah : " Kalau 5 tahun mesti ada 5 hadiah ni "
ummi : " Termasuk bunga dan coklat tu cukuplah 5"

Ayah ucap terima kasih dekat ummi dan Iqram. Sempena Besday ayah, kami mendoakan ayah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan, menjadi insan yang sentiasa taat pada perintah Allah, menjadi ayah dan suami yang penuh dengan sifat lemah lembut dan kasih sayang...Iqram sayang ayah, ayang sayang abang..

Jom layan gambar
jambangan bunga untuk en suami tercinta...

3 Item ready to delivery
Hadiah untuk ayah
dah siap balut

Apam Dot-Dot

Hari ni ummi mencuba resepi terbaru. Sekarang ni kan sibuk sana-sini orang buat apam dot-dot. Ummi pun mencarilah resepinyer di internet. Inilah hasilnyer...yang ni kali ke-2 ummi buat. Kali pertama tak sempat amik gambar..

Bahan-Bahan
•3 biji telur - dari peti sejuk
•275 gm tepung gandum
•220 gm gula halus
•150gm susu segar
•3 sudu teh baking powder
•1 sudu kecil ovallete
•Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
•Pewarna

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE:
•Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
•Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

Tuesday 10 May 2011

Besday Husband?

Minggu depan besday my lovely husband. Sebenarnya lama dah plan nak buat apa. Ummi excited sangat nak sambut besday ayah kali ni. Sambut aniversary yang ke-5 sekali gus.. Tapi tak taulah jadi ker tak kan?..Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan. Sebenarnya ummi dah plan lama nk celebrate besday ayah. Sampai tak tido fikir nak buat apa? Konon-konon nak buat supriselah kat ayah. Tapi tunggu jerlah minggu depan yer. Kalau ada-adalah...kalau tak der tu paham-paham jerlah yer....

p/s: seronoknyer kalau dapat keluar dating berdua, tgk wayang sama2, gi bercuti, makan-makan dan lain-lain lagi kan?

Wednesday 4 May 2011

Yayanggggg..oooo yayangggg

Kalau dengar Iqram sebut, memang kelakar. Bila ummi tak layan dia panggil, mesti dia akan sebut yayanggg ooo yayangggg...kelakar betul. Mana Iqram dapat ayat tu?...sebelum ni masa Iqram kecik sampai sekarang ummi suka panggil dia yayang...so dia pun ikutlah cara ummi panggil...rajin pulak dia panggil ummi yayang sejak dua menjak ni... Kalau ummi panggil abang kat ayah dia..dia pun ikut sama panggil abang... pastu senyum2...sajer jer nak suruh orang gelak...memang suka begurau Iqram ni...