klik-klik

Friday, 14 May 2010

Aiskrim Goreng

AISKRIM GORENG letak aiskrim atas roti yg dah lembab tekankan dengan acuan telur kuat2 jeng2 dah jadi bulat kan... masuk dlm plastik simpan dlm freezer satu mlm goreng atas minyak yg betol2 panas aiskrim tetap sejuk kat dalam tu...yummmyyy (Jangan lupa curah susu cair) cara buat aiskrim goreng aiskrim tak kira jenis or perisa roti sandwich - tak kira brand basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah acuan telur (mcm dlm gambar ya ) caranya : 1. skop aiskrim letak atas sekeping roti 2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi 3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat 4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam 5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu... 6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi 7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah 8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak Note : aiskrim yang digunakan di atas adalah aiskrim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskrim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKRIM TU AKAN CAIR TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN MINYAK YANG PANAS2 BETUL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak....leh wat pudding roti tau n letak cheese ya .Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskrim goreng aiskrim goreng dengan susu cair

10 comments:

  1. first time jumpa aiskrim goreng cam ni.. nanti boleh try.. mekasih berkongsi.

    ReplyDelete
  2. bagus idea ni..sedapnya tgk ...yum2

    ReplyDelete
  3. oooo mcm tu ke? tak penah makan eskrem goreng! tapi penah jumpa... haaa bila nak buat eh? best best tQ i lap u lah!

    ReplyDelete
  4. wahhh..besnye....
    nmpak sdp..sdp x ni?
    :)
    leh la cuba
    :)

    ReplyDelete
  5. Cam best je. tp roti tu tak byk minyak ke nnt?

    ReplyDelete
  6. ngaaa~~serius ke xcair??

    ReplyDelete
  7. wahhh nak cuba la..dahlama cari cmne akhirnya jumpe juaaaaa

    ReplyDelete
  8. oooo dah lama terfikir macam mana orang buat aiskrim goreng ni.
    nak try buatlahh nanti.selalu beli siap+goreng je.
    thanks ya! :D

    ReplyDelete