klik-klik

Monday 13 December 2010

Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana memurahkan rezeki kepada kami sekeluarga. Rezeki apa?...rezeki dalam penternakan ikan keli. 4 bulan yang lepas ummi dan kakak ummi telah menjalankan penternakan ikan keli dibantu oleh ayah dan emak serta adik beradik yang lain. Sekarang ikan keli sudah besar dah boleh di jual. Setakat dah dah 128 kg ikan telah dijual. Masih banyak lagi yang belum di jual. Ummi mohon pada Allah supaya ada pembeli yang ingin membeli ikan keli itu nanti. Pada kawan-kawan yang ingin ikan keli bolehlah berhubung dengan ummi. Ikan keli ummi hanya diberi makan pallet, halal dan tidak berbau hanyir kerna diternak didalam kolam simen dan diberi vitamin untuk melawan segala penyakit. Harap-harap projek ummi ini akan berjaya, berkembang dan terus maju...aminnn

3 comments:

  1. Tahniah diatas kejayaan ummi menternak keli. Saya ada cuba tapi ikan lambat besar, besar tak serentak dan banyak modal..bila jual semua...rugi sebab kos lebih dari jualan...apa petua ya nak ikan ni cepat besar???

    ReplyDelete
  2. byk Faktor ikan tak besar, salah satu tempat sempit, kena bagi makanan yang membekalkan protein yg cukup + vitamin

    ReplyDelete