klik-klik
Friday, 15 October 2010
Iqram Main Badminton
Assalamulaikum semua. Hari ni ummi nak upload gambar Iqram main badminton dengan sepupu-sepupu masa cuti hari raya dulu. Ummi tak perasan masa bila ayah ambil gambar ni. Tau-tau jer dah ada dalam camera. Ummi pun apa lagi uploadlah untuk buat kenangan bila Iqram dah besar nanti.
Sebelum main, posing dengan sepupu dulu
Pandai ker Iqram main badminton ni?
uuuhhhhhh..letihnyer saya....
Ada gaya jadi juara tak?
Thursday, 14 October 2010
Raya 2010
Entry ni sepatutnyer ummi masuk masa raya hari tu, tapi disebabkan kesuntukan masa, ummi pulak tak sihat, keje pulak banyak so hari nilah baru ummi berkesempatan untuk upload gambar raya 2010. Tahun 2010 ummi, ayah dan Iqram beraya di kampung sebelah ummi dulu, raya ke-2 baru balik kg ayah pula. Tahun ni tema kami warna purple. jom layan gambar raya kami...
Posing dalam rumah dulu
Posing dekat luar rumah pulak..
"Ummi, Iqram dapat duit raya, Iqram nak simpanlah"
Ayah dan Mak
My Family
Monday, 4 October 2010
Iqram Dengan Pengasuh Baru
Hari ini buat kali ke 4 Iqram bertukar pengasuh. Harap-harap kekallah sampai bila-bila. Kenapa ummi tukar pengasuh? mmmmmmm...susah nak jawab... tapi bagi ibu-ibu yang pernah mengalaminya pasti tahu dan mengerti apa yang ummi rasai. Kadang-kadang ummi kesian pada Iqram, sekejap hantar dekat orang ni sekejap hantar kat orang lain. Mesti dia confius. Maafkan ummi Iqram, kalau boleh memang ummi nak letak Iqram satu tempat jer, tapi apa boleh buat, keadaan tak mengizinkan.
Pagi tadi masa ayah hantar Iqram dekat rumah 'Mak Su' dia menangis, tapi lepas bagi susu Iqram terus tido. Waktu Tengah hari tadi ayah telefon Mak Su dia kata Iqram tengah main dengan kawan-kawan. Lega ummi dengar, ummi risau kalau Iqram menangis sebab tak biasa dengan orang baru.
Petang pula ummi yang telefon Mak Su tanya pasal Iqram. Alhamdulillah jawapan positif yang ummi terima. Mak Su kata Iqram ok, makan pun nak, tak menangis, elok jer main dengan kawan-kawan. Masa ummi telefon tu Iqram tengah tido dengan kawan-kawan dia. Anak ummi yang sorang ni, kalau duduk rumah pengasuh, asyik nak tido jer, dekat rumah sendiri susahnya nak tido. Baik anak ummi dan ayah ni. Tak nak susahkan orang, pandai bawak diri. Bersyukur sangat-sangat sebab selama ummi hantar Iqram dekat rumah orang atau taska, semua kata Iqram baik, tak banyak kerenah, pandai bawak diri, pendek kata tak banyak ragamlah. Ummi bukan nak puji anak sendiri, tapi itulah yang dia orang cakap. Tapi sayang, walaupun Iqram senang dijaga, tapi ada pula masalah lain yang timbul.
Dekat Mak Su ni ummi cuba untuk sehari dulu. Kalau dia sanggup nak jaga Iqram, ummi akan teruskan. Tapi kalau dia tak sanggup ummi kena hantar Iqram dekat Taska semula atau cari pengasuh lain. Ummi harap sangat-sangat agar Mak Su sudi nak jaga Iqram. Mak Su pun ummi tengok masih muda dan tidak mengalami masalah kesihatan. Harap-harap dia sudilah nak jaga Iqram terus.
Friday, 1 October 2010
Adik Rayyan
Pasti ramai yang telah membaca kisah adik Rayyan. Ummi selalu membaca entry tentang adik Rayyan. Bertapa kuatnya anak ini melawan penyakit yang dihadapinya. Sehingga ke hari ini adik Rayyan masih berjuang untuk meneruskan hidupnya. Ummi sangat bangga dengan Rayyan. Walaupun usianya masih kecil, beliau mampu melawan kesakitan yang dihadapinya. Teruskan usahamu wahai Rayyan. Ummi berdoa semoga kamu kembali pulih menjadi anak yang sihat, ceria dan tersenyum. Buat ibu Rayyan, tiada ungkapan yang mampu mengambarkan perasaanmu, kamu sungguh tabah. Kamu antara ibu-ibu yang terpilih untuk menerima ujian Allah, pasti ada hikmah disebaliknya.
Thursday, 30 September 2010
Belum Ada Rezeki
Sedihnya ummi rasa, tapi belum ada rezeki untuk timang anak kedua, ummi redha dengan ketentuanNya. Ummi mengalami pendarahan dan baby tidak dapat diselamatkan. Menitis air mata tahkala doktor memaklumkan bayi puan sudah tiada. Ummi percaya mungkin ada hikmah disebalik apa yang berlaku. Sesungguhnya manusia hanya mampu merancang, Allah yang menentukannya.
2 minggu ummi mengalami tanda2 awal period diikuti dengan pendarahan. Akhirnya doktor memaklumkan baby sudah tiada dah ummi perlu menjalani pembedahan untuk mencuci rahim bagi mengeluarkan darah yang masih tertinggal.
Pengalaman pertama juga buat ummi masuk bilik pembedahan. Ummi sangat takut. Pelbagai perasaan bergelodak dalam jiwa. Macam-macam yang ummi dengar mengenai cuci rahim. Semuanyer menyeramkan. Akhirnyer selamat juga ummi menjalani proses tersebut.
Ummi diberi cuti untuk berehat dirumah. Sakit juga yer bila kita keguguran dan perlu menjalani proses mencuci rahim. Lebih sakit dari bersalin. Walaupun sudah hampir 11 hari ummi keguguran, sakitnyer masih terasa sehingga ke hari ini. Ummi pun masih rasa pening2 kepala. Kawan-kawan pun tegur muka ummi nampak pucat. Kurang darah agaknya.
Bila terkenang masa pregnant dulu, macam2 alahan yang ummi lalui, paling teruk muntahlah, nasib baik bulan puasa, siang tak makan, tak derlah muntah. Waktu malam pula, lepas berbuka mesti muntah. Sampai senak perut,semua isi keluar balik. Tiba-tiba pula ummi asyik nak makan nasi beriani jer...hehehe...Itulah antara pengalaman yang ummi ingat sepanjang mengandungkan anak ke-2...Sekarang semuanya tinggal kenangan...
Buat Ayah yang kasihi, ummi pasti ayah juga sedih bila mendengar berita ini. Seperti ummi, pasti ayah juga mengharapkan anak ke 2 kami dapat diselamatkan. Tapi apalah daya kami untuk melawan takdir yang telah ditentukan olehNya.
Buat Iqram yang ummi sayangi, Iqram belum ada rezeki nak jadi 'abang' lagi. Sabar yer sayang, InsyaAllah kalau ada rezeki, Iqram akan jadi 'abang' juga.
Tarikh keguguran : 19/9/10
Anak Yang Ke : 2
Usia kandungan : 11 minggu
Wednesday, 8 September 2010
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Assalamualaikum semua...dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Bagi mereka yang ingin pulang ke kampung halaman, berhati-hati semasan memandu. InsyaAllah ummi sekeluarga akan pulang ke kampung pada malam ini. Kampung ummi dan ayah dekat jer...jadi tak perlulah tergesa-gesa nak balik kampung, jalan pun tak jam....Tahun ni tema kami sekeluarga purple...nanti ummi upload lepas raya yer... Tahun ni jugak kami beraya di kampung ummi dulu...raya kedua baru balik kampung ayah....Iqram raya sakan tahun ni...banyak baju raya ummi dan ayah beli untuk Iqram...Oklah kawan-kawan...jumpa lepas raya yer....
Thursday, 2 September 2010
Sedapnyer Nasi Beriani
Alhamdulillah, syukur ummi rasa sebab dapat makan nasi beriani. Teringin sangat nak makan tu. Terima kasih pada ayah sebab belikan nasi beriani untuk ummi. Sedap sangat2 nasi tu ayah. Makan nasi jer pun dah sedap. Pagi tadi sahur pun makan nasi beriani balance malam tadi. Sedapnyer....
Wednesday, 1 September 2010
Mengidam Nasi Beriani
Lama dah tak update blog ummi ni. Hari ni nak cerita pasal nasi beriani. Ummi ni jarang makan nasi pelik-pelik (Nasi beriani). Sejak akhir-akhir ni ummi teringin sangat nak makan nasi beriani. Tapi melayu yang buatlah. Kalau bukan melayu yang buat, ummi tak makan. Hari ni ummi minta tolong ayah beli nasi beriani untuk berbuka puasa nanti. Dah lama cakap dengan ayah pasal nasi beriani ni, tapi susah sikit nak carik orang melayu yang buat. Tekak ni terbayang-bayang jer nasi warna warni tu...mmm sedapnyer kalau dapat makan. Harap-harap petang nanti ayah dapat cari nasi beriani buatan orang melayu. Ummi teringin jugak nak buat sendiri nasi beriani tu, tapi tak retilah. Mana nak carik cikgu yang boleh ajar masak nasi beriani ni yer?...ada sesiapa sudi bantu?....tinggal comment kat sini yer....
Monday, 23 August 2010
Iqram bakal dapat adik
Sejak awal puasa hari tu ummi rasa macam loya2 jer tekak ni. Kadang-kadang rasa macam nak muntah. Ummi ingat perut masuk angin. Tapi rupa-rupanya ummi pregnant. Iqram bakal jadi abanglah nanti. Inilah bukti kehadiran 'adik' Iqram. Semalam ummi baru test untuk pastikan. Sebelum ni tak tergerak pula hati nak buat urine test. Sebelum-sebelum ni ummi main makan jer nenas, air tebu, air gas. Nasib baik tak ada apa2 effect. Lepas ni ummi kena jaga makan. Mungkin usia kandungan ummi dalam 2 bulan lebih. Alhamdulillah ya Allah, Engkau makbul doa kami sekeluarga. Semoga kandungan ummi membesar dengan sihat dan selamat. Matlamat ummi pada kandungan yang kedua ni, ummi mahu buat persediaan awal untuk fully breastfeed. Ummi nak sediakan freezer khas untuk simpan stok EBM. Ummi mahu berusaha bersungguh untuk memberi susu ibu pada anak kedua sehingga umurnya mencecah 2 tahun. Semoga usaha ummi mendapat sokongan daripada suami, anak, keluarga dan kawan-kawan semua.
Thursday, 19 August 2010
Nenek Sudah Uzur
Hari jumaat lepas, ummi dapat sms dari kakak mengatakan "wan tenat, baliklah". Bila ummi baca jer msg tu, macam2 dalam kepala fikir. Telefon balik kakak tanya macam mana status. Kakak kata wan dah tak sedar, tak boleh cakap. Ummi risau, sedih, semuanyer bercampur baur. 2 minggu sebelum tu, ada melawat wan, masa tu wan masih boleh cakap cuma tak larat nak bangun jer. Masa ummi sampai tu, tgk wan sedang tido sebab malam tu, mak lang kata wan tak tido, resah jer. Panggil pun tak boleh nak jawab. Cuma boleh bukak mata jer. Malam tu baca yasin tuk wan. Hari sabtu wan dimasukkan ke wad hospital seremban sebab demam panas. Sekarang wan masih di wad lagi. Sehari lepas masuk wad tu wan sedar, doktor suruh angkat tangan dengan kaki, wan boleh buat. Tapi hari Isnin umi dapat berita wan tak sedar semula. Risaunyer ummi, Kalau boleh ummi nak wan sihat seperti biasa. Boleh sambut raya sama2. Ummi harap umur wan panjang lagi. Tulah satu2nyer wan yang tinggal. Atuk dah meninggal, sebelah mak pun sama, dua2 dah meninggal. "wan kami doakan wan cepat sembuh yer"
Subscribe to:
Posts (Atom)