klik-klik

Wednesday 5 January 2011

Betul ker ni?????

Ummi macam tak percaya jer apa yang berlaku malam tadi. Al-kisahnyer Ayah kena pergi outstation macam biasa. So tinggal Ummi dan Iqram sahaja malam tadi... Kul 9 pm Iqram ajak tidur...Ummi buatkan susu, tukar pampers lepas tu tidolah...Dalam pukul 2 Ummi terjaga, tengok Iqram tido...tak nangis pulak Iqram nak susu..biasanya kul 1 am mesti dia nak susu...Ummi sambung tido lagi..sampai lah pukul 5.30 am Ummi bangun. Macam tak percaya rasanyer..Iqram tak bangun pun menyusu mlm tadi. Mungkin perkara biasa bagi sesetengah ibu yang lain...tapi bagi Ummi sesuatu yang pelik sebabnyer sebelum ni Iqram tiap2 malam mesti bangun sekali atau 2 kali untuk minum susu...tiap2 malam macam tulah rutin dia...sebab tu tengah2 malam mesti kena tukar pampers Iqram sebab dah penuh...banyak sangat minum susu...tapi malam tadi tak dengar pun dia nangis nak susu...sama ada Iqram memang tak bangun atau pun Ummi yang tak sedar Iqram menangis...Kalau Ummi yang tak sedar Iqram nangis mesti kesian kat Iqramkan?...nangis2 tapi Ummi tak sedar...Kejamkan..anak nangis nk susu pun tak dengar...Tak pun Iqram dah ubah time minum susu dia...mana tahu kan lepas ni tak yah bangun malam lagi buat susu Iqram...hehehe...boleh tido lena sampai pagi...hehehehe

1 comment:

  1. salam yan..maybe dia letih sgt seharian main jer..bila mlm..lena lar tido!

    ReplyDelete