klik-klik

Tuesday 24 May 2011

Apam Dot-Dot

Hari ni ummi mencuba resepi terbaru. Sekarang ni kan sibuk sana-sini orang buat apam dot-dot. Ummi pun mencarilah resepinyer di internet. Inilah hasilnyer...yang ni kali ke-2 ummi buat. Kali pertama tak sempat amik gambar..

Bahan-Bahan
•3 biji telur - dari peti sejuk
•275 gm tepung gandum
•220 gm gula halus
•150gm susu segar
•3 sudu teh baking powder
•1 sudu kecil ovallete
•Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
•Pewarna

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
2.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
3.Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
4.Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
5.Picitkan blueberry filling secukupnya.
6.Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
7.Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.

NOTE:
•Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
•Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.

No comments:

Post a Comment