klik-klik
Thursday, 5 August 2010
Ramadhan Datang Lagi..
Minggu hadapan InsyaAllah seluruh umat islam akan menyambut ketibaan bulan ramadhan. Bulan yang dinantikan oleh semua umat islam. Bulan yang penuh dengan berkat. Tahun ini seperti biasa ummi akan menyambut bulan ramadhan bersama ayah dan Iqram. Iqram masih kecil lagi, belum boleh puasa, jadi ummi dan ayah sahaja yang berpuasa. Harap2 tahun ni dapat puasa penuh, InsyaAllah... Seperti biasa company ummi akan bagi balik awal bila tiba bulan ramadhan. Harap2 tahun ni pun boleh balik awal jugak. Balik awal pun bukan ummi masak. Hehehe,ummi ajak ayah pergi bazar ramadhan beli lauk dah siap jer. Teruk betul ummi ni, dah bagi balik awal pun tak masak jugak. Nasib baik ayah memahami.. hehehe terima kasih ayah. Tapi ummi bercadang tahun ni nak masak untuk berbuka puasa, kalau sempatlah. Sebenarnyer ummi pun bosan jugak kalau makan dekat luar jer. Sekali sekala mesti nak berbuka dengan lauk yang kita masak sendiri, goreng ikan bilis berlada pun sodap…hehehe perut dah lapar, masak apa pun sedapppp… hehehe tambah2 ayah pulak jenis tak kisah ummi masak apa, semua ayah makan… tu yang buat ummi rajin nak masak tu sebab ayah suka makan masakan ummi..hehehe…alamak jauh pulak ummi membebel. Sebenarnyer nak cerita pasal ramadhan datang lagi, tercerita bab masak pulak… Oklah..ummi harap bulan ramadhan tahun ni lebih meriah dari tahun sebelumnyer, nak banyakkan amal ibadah, nak cuba penuhkan solat terawih, nak khatam Al-Quran, Kalau boleh nak solat jemaah bersama ayah.
Note: Baju raya ummi dah tempah, baju raya Iqram baru ada sepasang, baju raya ayah tak beli lagi…bilalah nk pi beli ni…(hehehe….sempat lagi fikir pasal shopping…dah nama perempuan, memang tak boleh lari dari fikir tu semua, tema tahun ni pun tak tau lagi…blur…blur…)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nice one!, friend..visit my latest too..goin' to touch ur heart, hopefully ;D
ReplyDelete