klik-klik
Thursday, 1 July 2010
Iqram Kena Gigit
Kesian anak ummi ni, kena gigit dengan kawan yang sama dijaga oleh Mak Ana. Oh yer, Mak Ana adalah pengasuh Iqram yang baru. Mak Ana kata dia dah asingkan mainan Iqram dengan kawannyer tu, tapi ntah masa bila dia dengar Iqram 'erk' sambil angkat tangan yang kena gigit tu. Kawannyer pulak tunjuk tangan Iqram yang kena gigit tu. Mungkin Iqram ambil mainan kawannyer tu, Kawanyer marah agaknyer terus digigitnyer tangan Iqram. Mula2 Mak Ana kata Iqram tak nangis sangat, tapi lepas sapu ubat tu baru dia nangis kuat. Alahaiii...sian anak ummi. Ingatkan x derlah kes gigit ni klu hantar kat baby sitter, tapi jadi jugak. Ummi pun dah buntu nak buat macam mana?...rasa macam nak berhenti keje jer jaga Iqram.. Tak pun ummi kena start survey tempat lain. Ummi takut perkara ni berulang lagi. Kesian Iqram, memang nampak kesan gigit tu, cantik jer teratur bekas gigi kawan Iqram tu kat tangan sebelah kiri Iqram. Memang kuatlah dia gigit..Harap2 hari ni tak derlah kes gigit ni lagi. Risau ummi dibuatnyer..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
uish cian nye iqram yg tomey tu kena gigit nangis pasal pedih tue, da kena ajar iqram jadik hero pulak le ummi..
ReplyDeleteyan,
ReplyDeletebagi akak tue adat berkawan. takpe kalo kena sikit2 macam kena gigit atau kena cakar. Dari situ iqram akan belajar berkawan + berlawan hahahah. Mana2 tempat pun ada jerk masalah ni sbb pengasuh mmg takleh nak kontrol.
Kenapa pulak kena asing Iqram + kawannya tue. Bagi akak biar jerk derang berkawan baik. Bila dah berkawan baik takde la smp gigit2 semua ni.
anak2 akak dah rasa semua ni ... bagi akak biar derang rasa nanti derang akan pandai protect diri sendiri. Lama2 nanti hilang la sindrom mengigit + mencakar.
akak pun 20sengggg ... biar jerk dulu dia berkawan dgn kawan baru. Tak rasi lagi tueee. Cuma pesan kat pengasuh supaya lebih perhatikan iqram dr mangsa buli. Cuma yan ajar iqram belajar mengadu kat pengasuh. Tukar pengasuh bukan selesaikan masalah.
Mak ana asingkan mainan dia org jer kak supaya tak berebut, tau2lah budak2 kan, mesti nak berebut punya. Iqram dia gamble jer, tapi ummi ngan ayah yg risau lobih, ayah Iqram ajar suh tepuk mulut kawan yang gigit tu, uisshhh tak pasal2 bergusti pulak dia org nnt
ReplyDeletemain gigit2 pulak dahhhh~
ReplyDelete