klik-klik

Tuesday, 2 February 2010

Sabah Bah 28 - 31 Jan 2010

Alhamdulillah akhirnyer tercapai sudah impian umi nak pi Sabah. Dah lama tempah tiket ni, setahun yang lepas.. mujur Air Asia selalu buat promosi...Lepaslah jugak umi nak pi sana...masa tempat tiket ni Iqram lum lahir lagi...punyalah excited...Kami bertolak ke Sabah 28/1/2010 - 31/1/2010... Kami tinggal di Tune Hotel. Hari pertama sampai kami cuma jalan-jalan di 1 Borneo, shopping complex jer...jalan-jalan cuci mata.
Hari ke-2, pagi selepas sarapan kami bertolak ke Kundasang. Nak pi tengok Gunung Kinabalu dekat2. Perjalanan dari Hotel ke Kundasang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Jalan ke Kundasang agak mencabar jugak. Lalu bukit bukau. Jalan pulak kejap naik kejap turun. Tapi pemandu bas kat sini bawak bas cam nak berlumba jer. Walaupun bukan jalan lurus. Confidence jer leh lepas. Agaknyer dah terlalu expert kot. Sampai di Kundansang kira-kira jam 11 pg. Cuaca di Kundasang agak berkabus. Tak dapat nak tengok Gunung Kinabalu. Kami pergi ke Pekan Kundasang untuk melihat apa yang boleh dibeli. Cuma ada sayur ngan buah2an. Beli lah buah tuk makan-makan. Pastu terus Check-in Chalet kat Rose Cabin... Harga pun ok lah RM 80.00 semalam. Dari bilik ni kami boleh tengok gunung Kinabalu kalau cuaca baik. Pas check in kami rehat sekejap, lepas makan ngan solat kami bertolak ke Kinabalu Park. Tempat orang-orang nak pi daki gunung Kinabalu. Kita org tak dakilah..cuma amik gambar jer. Kalau nak daki umi tak laratlah... tapi ayah ada cita2 nak daki gunung kinabalu ni.. harap cita2 ayah tercapai satu hari nnt... lepas gi Kinabalu Park kami ke Poring Spring hot water kat ranau... jauh jugak perjalanan dalam 1 jam dari Kundasang. Sampai sana dah ptg so tak sempat nk mandi..baju pun tak bawak... kami rendam kaki jerlah sambil amik gambar. Pastu beli survenior skit tuk kawan-kawan.. balik dari Poring kami singgah di Pekan ranau beli makanan tuk dinner. Hari ke 3 Pagi-pagi lagi ayah dah kejut suh tengok gunung Kinabalu. Betul2 depan bilik...wahhh mmg bestlah..dah sejuk masa tu..suhu dalam 14 C...Iqram sedap betul tido...Tinggi gunung Kinabalu ni...bahagian atas nampak batu-batu jer..tak dok pokok pun...dalam byk2 gunung kat situ...Gunung Kinabalu jer bahagian atas dia batu...yang lain ada pokok2... lepas siap2, kemas, amik gambar semua...kami pun check up nak balik KK balik. Sebelum balik kami gi Strawbery garden dulu... kena bayar RM1.00 tuk masuk situ sebab kami tak stay kat situ. Pas jalan-jalan tgk strawbery kami terus ke KK jalan-jalan di Pasar Filipino.. Umi cam biasalah nk beli crystal n mutiara... dah beli tu layan air kelapa n jeli kelapa.. bali tu singgahlah Pantai Tanjung Aru... lepak-lepak sekejap sambil hirup udara laut. Iqram mula2 geli pijak rumput, lepas tu duk main cabut2 rumput pulak.. lepas lepak setengah jam, kami pun balik ke hotel rehat. Malam jalan-jalan kat 1 borneo lagi..pastu gi beli ketam ngan udang kat pasar filipino.. pastu di Anjung Selera nak makan. Kami duk tepi pantai. Siap ada lilin lagi atas meja. Ala-ala mcm candle light dinner lah... sambil tunggu order sampai..Iqram pulak sakit perut...sian dia....umi duk bagi mcm2 kat dia makan sampai sakit perut... sampai jer makanan, kami makan cepat2 pastu balik hotel. Nasib baik cepat..tu pun habis seluar Iqram kena poo poo dia sebab byk sgt...dah bersih2 tu teruslah tido..ngantuk gila dah.... Hari Ke4 Hari tak der aktiviti apa-apa sebab sangat penat.. pas bangun pagi...mandi..kemas-kemas lepak dalam bilik sambil makan maggie...dalam kul 10 am kami check out terus gi sutera habour kat KK...tak der apa yang menarik. Pastu ayah ajak di pantai Tanjung Aru semula sementara nak tunggu kawan dia amik keta kul 11.30 am.... kami sampai air port kul 11.30 am terus check in terus naik flight. Sampai LCCT kul 3 pm... singgah makan jap... dalam kul 5 pm sampai rumah... Ayah tak sihat macam nak demam. Kesian ayah, Ayah kata klu di Sabah balik mesti demam.

1 comment:

  1. bila nak tunjuk gambar2 ni kat atuk ngan wan..tentu mereka seronok tgk cucu dia yg cute ni...nak pg KK tak dapat...

    ReplyDelete