klik-klik
Wednesday, 2 September 2009
Tips Temuduga
sajer nak share ngan kawan-kawan
Tips menghadapai temuduga
Temuduga merupakan teknik bagi memudahkan sesuatu pihak memahami dan mengenali diri seseorang. Dalam konteks pekerjaan, temuduga ditafsirkan untuk sesebuah majikan menilai diri seseorang itu sebelum beliau diambil bekerja atau berkhidmat dengan mereka.
Objektif penemuduga
Sebelum menghadapai temuduga, anda perlulah mengetahui objektif atau matlamat penemuduga. Ini adalah bagi memastikan diri anda berusahah untuk mencapai ke arah mtlamat itu. Biasanya penemuduga mahu melihat kebolehan anda berkomunikasi dengan baik. Ini adalah bagi melihat sejauh mana keyakinan anda dalam berkomunikasi dan teknik atau cara anda menyampaikan sesuatu. Seseorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dalam percakapan dan mampu menghantar matlumat yang mudah difahami kepada si pendengar akan menambahkan minat penemuduga terhadapat anda. Kepentingan ini adalah aplikasi dalam dunia pekerjaan anda yang memerlukan anda berinteraksi dengan individu atau kelompok lain.
Selain itu, penemuduga ingin melihat sama ada anda mempunyai kelayakan yang bersesuaian ataupun tidak. Menerusi persoalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh anda, ianya melambangkan kelayakkan diri anda dalam melakukan pekerjaan itu. Penemuduga juga ingin melihat sejauh mana semangat dan komitmen diri anda dalam mencapai pekerjaan itu. Sekiranya anda tidak mampu menunjukkan keprihatinan anda terhadap temuduga itu dan hadir dengan keadaan tidak bersedia, ianya akan menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja yang ditawarkan.
Perkara yang penting sekali ialah berkaitan perwatakan diri anda. Seseorang yang memiliki perwatakan menarik, mementingkan kekemasan dan kesempurnaan serta nilai moral yang tinggi mampu untuk menjatuhkan minat penemuduga terhadap anda. Sekiranya anda hadir temuduga dengan wajah yang bengis dan keterampilan diri yang buruk sudah pasti penemuduga telah ada jawapan gagal terhadap temuduga anda.
Persediaan sebelum temuduga
Jangal sambil lewa dengan temuduga yang bakal dihadapai dan jangan pula terlalu fokus. Fokus yang terlalu tinggi diberikan dalam persediaan menghadapai temuduga akan memberikan tekanan kepada diri anda dan juga ketakutan yang tinggi. Ini mampu menyumbang kepada kegagalan kerana kurang keyakinan diri. Sementara jika anda tidak mengambil endah pula akan menyebabkan anda gelabah dalam sesi temuduga itu dan pastinya gagal memberikan jawpan yang sempurna kepada penemuduga.
Jadi cukuplah dengan persediaan untuk menghadapainya secara sederhana. Perkara pertama dan utama yang perlu anda bersedia ialah resume anda. Walaupun anda telah memberikan resume kepada pihak tersebut, tetapi anda diigatkan untuk membawanya juga bagi persediaan sekiranya diminta. Selain itu, pastikan pakaian yang lengkap untuk sesi temuduga tersebut telah disediakan dengan baik.
Anda perlulah tenang sepanjang malam itu dan elakkan dari perkara – perkara yang boleh memberikan tekanan kepada anda berlaku. Jangan terlalu memikirkan mengenai temuduga itu kerana ianya menambahkan lagi ketakutan diri anda. Anda perlulah menyediakan dengan lengkap sijil – sijil dan transkrip akademik anda dan susunkannya dengan kemas di dalam fail atau sebagainya.
Pastikan anda telah mempunyai jawapan dalam menceritakan mengenai diri anda. Ini adalah soalan wajib yang akan ditanyakan oleh penemuduga. Selain itu, anda perlu membuat kajian terhadapat syarikat tersebut dan sediakan soalan untuk diajukan kepada penemuduga itu nanti. Ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan anda dan minat yang tinggi terhadap syarikat mereka. Yang terakhir pastikan wajah anda kemas tanpa jambang atau sebaginya dan memiliki rambut yang rapi.
Persediaan semasa temuduga
Pastikan diri anda telah cukup segala – galanya seperti yang telah ditekankan sebelum ini sebelum melangkah ke bilik temuduga. Jangan terus masuk ke bilik tersebut sebelum anda dipelawa. Masuk dengan tenang dan sampaikan salam atau ucapkan selamat sejahtera kepada penemuduga. Tunggu penemuduga ingin menghulurkan tangan dahulu untuk berjabat tangan dan pastikan anda berdiri pada waktu itu. Anda perlulah tunggu sehingga dijemput duduk dan duduk dengan perlahan tanpa bising.
Selepas duduk jangan pula anda meletakkan barang dan tangan anda di atas meja kecuali disuruh berbuat demikian. Tolong pastikan mata anda tidak merayap untuk membaca surat – surat atau kertas yang terdapat di atas meja. Pastikan anda senyum dan ceria sepanjang masa. Apabila bercakap pandanglah wajah penemuduga itu dan jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap. Jangan amalkan makan gula getah ataupun gula – gula ketika sedang ditemuduga.
Anda dinasihatkan supaya tidak berbohong dalam menjawab soalan – saoalan yang diajukan. Sekiranya anda benar – benar tidak tahu lebih baik anda berterus terang daripada anda berbohong. Anggapkan diri anda yang terbaik dan tonjolkan kelebihan – kelebihan diri anda. Ianya bukanlah untuk berlagak tetapi penting untuk menaikan nilai diri anda. Namun perlu ingat percakapan anda perlulah sopan dan tidak terlalu excited sehingga menjelikkan penemuduga.
Ajukan soalan mengenai sayrikat tersebut dan jangan ajukan soalan yang sukar dan tidak mampu dijawab oleh penemuduga. Anda tidak perlu membantah sekiranyan terdapat percanggahan pendapat sebaliknya anda perlulah menyokong pendapat beliau. Tunggu penemuduga menamatkan sesi itu dan bangun untuk bersalam dengan penemuduga dan keluar dengan ucapkan salam lagi sekali.
Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga
Jangan terlalu berbangga – bangga dengan apa yang telah dicapai oleh anda. Cukup sekadar memberitahu sahaja. Jangan memandang rendah kepada penemuduga dan mengelak dari menjawab soalan penemuduga. Anda diansihatkan tidak menggunakan nama – nama orang besar bagi menyebabkan penemuduga berasa kagum dengan diri anda kerana perkara sebaliknya akan berlaku. Jangan sekali kala memerli penemuduga dengan jawapan anda dan mengatakan diri sendiri cukup sempurna untuk memiliki pekerjaan itu. Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment