klik-klik
Thursday, 20 May 2010
Iqram mandi kolam
Hujung minggu lepas ummi n ayah bawak Iqram mandi kolam. Bukan jauh pun..cam biasa kat bawah jer... seronoknyer dia dapat mandi...kaki tangan semua bergerak2..macam pandai sangat berenang...mandi tempat kanak2 tak nak...nk terjun tempat orang dewasa..tengoklah aksi Iqram yer..
Wednesday, 19 May 2010
Iqram At Playground
Hari ni ummi memang bercadang nak bawak Iqram main kat playground. Bukan jauh pun, kat bawah rumah jer. Hari tu masa bawak Iqram main buaian dia suka sangat. Tekekeh-kekeh dia gelak...1 block boleh dengar suara dia. Ummi pun seronok tengok dia gelak. Apa yang suka sangat ummi pun tak pasti. Yang pasti dia memang suka naik buai. So memandangkan dah lama Iqram tak pergi playground, ummi dan ayah pun bawaklah dia. Jom layannnn........
Tuesday, 18 May 2010
Monday, 17 May 2010
Ummi, Iqram nak solat jugak!!!
Alkisahnyer... Iqram sekarang ni tak boleh tengok ummi atau ayah bentang sejadah, mesti dia pun nak 'sujud' sekali. Ummi malas nak cerita banyak, tengoklah sendiri yer..
"Iqram, salah arah kiblat tu"
"Ummi, betul ker macam ni?"
buat anak ummi, jadilah anak yang soleh dan rajin menunaikan solat bila dan besar nanti yer, ingat pesan ummi ni.
Friday, 14 May 2010
Aiskrim Goreng
AISKRIM GORENG
letak aiskrim atas roti yg dah lembab
tekankan dengan acuan telur kuat2
jeng2 dah jadi bulat kan...
masuk dlm plastik simpan dlm freezer satu mlm
goreng atas minyak yg betol2 panas
aiskrim tetap sejuk kat dalam tu...yummmyyy (Jangan lupa curah susu cair)
cara buat aiskrim goreng
aiskrim tak kira jenis or perisa
roti sandwich - tak kira brand
basahkan sedikit roti dengan air biasa supaya lembab
supaya masa menekan dengan acuan roti tak pecah
acuan telur (mcm dlm gambar ya )
caranya :
1. skop aiskrim letak atas sekeping roti
2. ambil lagi satu roti kosong tangkup atas aiskrim tadi
3. tekankan acuan telur atas kedua2 roti tadi - kuat2 sampai roti putus jadi bulat
4. masukkan dlm plastik dan simpan dlm peti ais bahagian atas semalaman or 3 jam
5. panaskan kuali letak minyak mcm nak goreng pisang tu...
6.minyak kena betul2 panas - baru gorengkan roti tadi
7. balik2kan supaya kuning kedua2 belah
8. angkat dan hidangkan bersama2 dengan susu cair kalau suka - kalau tak makan cam tu ok jugak
Note : aiskrim yang digunakan di atas adalah aiskrim potong tau (yang ada kayu kat tengah tu..so buangkan kayunya ajee ) biasa lee nak buat experimen kena guna aiskrim yang murah2 ajee (JANGAN RISAU AISKRIM TU AKAN CAIR TAPI KENA GORENG CEPAT NGAN MINYAK YANG PANAS2 BETUL ) dan lebihan roti tu jgn membazir lak....leh wat pudding roti tau n letak cheese ya .Selamat bersantai dihujung minggu sambil makan aiskrim goreng
aiskrim goreng dengan susu cair
Thursday, 13 May 2010
tajuk apa yer?
Hari ni ummi tak der topik nak cerita. Tapi sajer jer nak tulis jugak entry. Hari ni ummi kena hantar minyak wangi lah waktu rehat. Alhamdulillah murah rezeki. Iqram pulak hari ni sangat mengantuk nak pergi taksa. Dukung bawak dalam kereta pun tak jaga. "Anak ummi letih yer?..cian Iqram, pagi2 dah kena angkut pergi taska, maaf yer sayang, ummi terpaksa tinggalkan Iqram untuk mencari rezeki"...Hari ni baca entry Mawaddah...suka baca blog dia...
Tu sajer yang ummi nak taip..lain tak der idea...blurrrrrrrr
Monday, 10 May 2010
Aktiviti hujung minggu
Memandangkan kami sekeluarga sudah lama tidak membawa Iqram berjalan-jalan, hujung minggu ni ummi dan ayah bawaklah Iqram gi jalan-jalan kat jusco, tapi ummi dah ayah yang lebih2nyer shopping, Iqram tido... hari ahad pulak ummi ajak ayah pergi nilai, sajer jalan-jalan. Sebelum pergi singgah rumah mak long Iqram kat bangi, mak long pun ikut sekali pergi nilai. Sampai sana ummi dan ayah pun terbelilah jam dinding. Nak letak kat rumah yang baru pindah tu. Pastu maklong belanja beli carpet. Terima kasih mak long. Semoga murah rezeki mak long sekeluarga. Ummi cadang nak shopping lagi, carik cadar bilik Iqram ker..tapi memandangkan poket dah kering, kami pun baliklah...
Hari minggu yang tidak membosankan...hehehehe
Friday, 7 May 2010
Iqram demam
Balik dari keje petang semalam, jemput Iqram. Ummi rasa badan Iqram macam panas. Ummi dah perasan 2 3 hari lepas, tapi Iqram ok plak tak meragam. Malam tadi sebelum tido ummi rasa makin panas badan dia. Ummi tak bagi lagi ubat demam sebab dia macam ok jer. Bawak tido tapi tak mau tido. Nak main jer..ummi dah ngantuk..
Dah penat main tu, duk main atas perut ummi pulak, sampai senak kena smack down ngan sikunye yang tajam tu..sabar jolah ngan anakku ini. Pastu ntah pukul berapa baru tido. Pukul 2 pagi dia bangun, nangis. Ummi rasa suhu badan dia panas, nak demam lah Iqram ni. Ummi bagi ubat demam. Pas bagi ubat tu suruh dia tido balik, tapi tak mau..nak main lagi..."adoiii hai dik, ummi nak gi keje esok sayang..tidolah..."..bila kita cakap macam tu, dia dok sengeh2 jo, gelak2 lah dia...pastu berak pulak lepas makan ubat demam...mmmm sampai pukul 4 pagi dia main barulah tido balik, tu pun kadang2 bangun lagi merengek...
Macam tulah keadaan Iqram bila ayahnyer outstation... selalu demam bila ayah tak der...manja sungguh dengan ayahnyer...bila ayah ada kat rumah tak nak pulak dia smack down ayahnyer...ummi jugak yang menjadi mangsa...mmmm macam tulah Iqram...
hujung minggu ni ajak ayah pergi jalan2 yer. Boring asyik duk rumah jer..sekali sekala Iqram nak gi jalan jugak.
Thursday, 6 May 2010
Ayah Outstation
Hari ni ayah kena pegi lipis lagi, tapi tak lama lah, esok balik, tinggal ummi ngan Iqram jer malam ni, Iqram malam ni tido lena tau, ummi ngantuklah.
Ayah, hati-hati yer bawak kete, we miss u sooooo muchhhhhh
Wednesday, 5 May 2010
"Tengoklah gigi saya"
Hari ini Iqram dah berumur 1 tahun 1 bulan. Dah besar rupanyer baby boy ummi ni yer. Baru tumbuh 4 gigi. Meh kita tengok gigi Iqram ummi yang manja ni..
"Iqram tunjuk gigi sayang"
"Cak!! nampak dah gigi dia"
Sedar tak sedar, sekejap jer Iqram dah besar, terasa begitu cepatnyer masa berlalu. Semoga ummi dan ayah berpeluang untuk melihat Iqram membesar dengan sihat dan bahagia. Ummi dan ayah amat berharap Iqram menjadi seorang anak yang soleh dah taat perintah Allah. Ummi dan Ayah akan cuba mendidik Iqram mencintai Allah dan agama. Ketahuilah anakku bahaya Islam itu sangat indah dan tanpa Iman bagaimana kita hendak mengharungi hidup yang penuh liku dan onak duri ini. Untuk anakku, ummi terlalu sayangkanmu.
Monday, 3 May 2010
Berapakah Nilai Seorang Isteri
Hargailah isteri anda......
Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka......
Beruntungnya seorang wanita sebab dia ada rahim, oleh itu dia bekerja dengan Allah SWT...... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti tetapi bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib Solat tetapi Allah SWT anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak..
Ah yang si suami pulak, jangan lah berebut dengan bayi untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami... "offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee (tak peduli),
Jangan buat alasan itu dan ini pulak...….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…
Orang lelaki tak ada cuti dari Solat.....
Semua Solat wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita,... Sepanjang dia mengandung
Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Allah SWT beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati Syahid,
Allah SWT izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.
Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah ke atasnya jua. .
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya.
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki.
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu (lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.
Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.
"Wahai Ya Allah!...
ku tak layak ke Syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....
"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"......
Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha Illa L Lah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illa L Lah' ini.
Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10
Yg blum bergelar isteri….elok gak tau…utk makluman kita bersamaaa…….
Subscribe to:
Posts (Atom)