klik-klik

Monday, 14 November 2011

The Cave Of The Golden Rose

Mesti ramai yang minat tengok cerita ni kan?.. Ummi pun minat tgk cerita ni, dari zaman kanak-kanak lagi...sukanyer bila TV9 buat tayangan ulangan cerita ni...Iqram pun suka tgk cerita Fantaghiro...asyik sebut "ummi nak tengok citer Fantaghiro"...hehehe... ummi jumpa ni kat youtube... sajer nk kongsi...

Tarabas yang hensem..

Thursday, 6 October 2011

Raya 2011...baru nak update....

Tahun ni ummi sekeluarga beraya di kg sungai buloh....tema? warna merah mak ngahhhh...jangan marahhhh...seperti biasa raya tahun ni tak banyak beza dengan tahun sebelumnya...cuma seronok sebab ramai yang berkumpul di rumah mertua...semua balik kecuali sorang jer adik ipar beraya dirumah mertua beliau... sekali sekala berkumpul memang meriah..anak-anak pulak kejap2 terjerit sana...nangis sini...maklumlah dapat jumpa dengan sepupu-sepupu...macam-macam hal...tapi tak kisahlah..yang penting seronok...Dalam seronok-seronok tu tidak dilupakan pada Ayah mertua yang telah kembali ke rahmatullah hampir 4 tahun lepas...Al-fatihah untuk Allahyarham kamarudin...

Thursday, 25 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam ramadan, salam aidilfitri kepada semua pembaca blog ummi. Dikesempatan ini ummi sekeluarga ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah silap. Tahun ini ummi beraya di kampung ayah dahulu. Ikut giliran supaya adil. Bagi ummi raya mana-mana pun sama, yang penting dapat bersama keluarga. Oklah...nanti jumpa selepas raya yer.... upload gambar raya...

Thursday, 18 August 2011

Alhamdulillah, masih di beri kesempatan...

Syukur ke hadrat illahi kerana ayah selamat dari kemalangan jalanraya. Ayah terlibat dalam kemalangan jalanraya pada 16 Ogos 2011 yang lepas. Kereta yang dinaikki ayah terbabas selepas melanggar kelopak air di lebuhraya Plus selepas hentian Tapah. Kereta yang mereka naikki terbabas dan berpusing sebelum menghemtan pembahagi jalan. Syukur sangat-sangat kerana ayah dah rakan sekerjanya tidak cedera. Cuma kereta yang mereka naikki kemek sedikit di bahagian belakang. Dalam keaadaan hujan lebat ayah menelefon operator plus untuk meminta bantuan seterusnya membuat laporan polis. Syukur sangat-sangat... Semoga Allah selamatkan keluarga kami dari perkara yang tidak diingini... amin...

Monday, 11 July 2011

Happy Birthday To Me

Hari ni besday ummmi. Memandangkan hari ni besday ummi, ummi cuti menghabiskan masa dirumah. Birthday kali ni ummi dapat hadiah istimewa dari En suami. Terima kasih abang di atas hadiah yang diberi. Nak tau apa hadiah yang ummi dapat?...sila scroll kebawah...














Sempena bertambahnya umur ummi hari ni, ummi ingin menadah tangan memohon rahmat dari Illahi semoga ummi dilimpahi rezeki yang halal, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, mohon dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan bertambah iman di dada.

Wednesday, 6 July 2011

"Sedap ayang masak..."

Malu ummi nak cerita, tapi ummi seronok sangat bila en suami puji masakan ummi sedap. Siapa lagi nak puji kalau bukan suami sendiri kan? Walaupun cuma masak goreng kubis dan ikan goreng lada api sahaja. En Mahathir ni memang suka mengambil hati isterinya. Rajin pula menolong ummi melakukan kerja rumah dan menjaga Iqram bila ummi sibuk di dapur. Waktu malam pun rajin bangun malam buat susu Iqram. Jarang-jarang sangat ummi bangun malam buat susu Iqram. Beruntungnya ummi mempunyai suami sepertinya. Iqram pun beruntung mempunyai ayah sepertinya. Terima kasih abang, ayang sayang abang...

Monday, 4 July 2011

Ujian buat Norma Dan Talib

Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, baru sahaja memiliki seorang cahaya mata, namum amat berat dugaan yang ditanggung. Semoga Allah permudahkan segala urusan mu wahai saudara... Norma

Thursday, 30 June 2011

Ummi dah sudahhhh....

Tersebutlah kisah disuatu malam yang sunyi...Si ibu sedang membuat coklat di dapur dan si anak ke bilik air untuk mandi tapi CD tak tanggal lagi.. seketika kemudian si ibu pun pergilah ke bilik air untuk melihat si anak yang katanya " Ummi dah sudahhhh"... Alangkah terkejutnya si ibu apabila melihat air melimpah di dalam bilik tidur, bertakung sampai ke tepi katil... si ibu punyalah terkejut nasib baik tak bertukar menjadi ghimauuu.. wahai anak, kenapalah buat begitu?...tak boleh sayang buat begitu, lain kali jangan buat lagi yer...Ummi tahu kamu mempunyai sifat ingin mencuba yang tinggi, tapi cara itu tidak betul sayang....ingat pesan ummi ni yer...

Thursday, 23 June 2011

Lagu Favourite Dia



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah


Aku : " Kenapa abang suka dengar lagu ni?"
Dia : " Saja jer "
Aku : ( Dalam hati ) 'jiwang jugak dia ini, hehehehe'

Sudah lama aku ingin bertanya kepada dia kenapa dia sangat suka lagu ini. Di handphonenya juga apabila nomborku yang memanggil pasti lagu ini kedengaran. Pasti ada sesuatu yang istimewa tentang lagu ini yang aku sendiri tidak pasti. Apa-apa pun aku sangat menyayangi dia.

Thursday, 16 June 2011

Alhamdulillah, Dia Telah Sampai Di Sana

Pagi ini ummi telah berkesempatan untuk bertanya khabar dengan seorang kawan lama yang sama-sama pernah berjalan kesana kemari menjalankan tugas suatu ketika dahulu. Gembira mendengar perkhabaran darinya yang baru pulang menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Tidak tergambar dengan kata-kata apabila beliau menceritakan pengalaman berada di Tanah Suci. Segalanya berjalan dengan lancar dan beliau berkesempatan untuk melawat makam Rasul dan mencium Ka'abah. Syukur Alhamdulillah sahabatku ini telah dijemput untuk menjadi tetamuNya. Ummi juga mempunyai azam untuk menjadi tetamu Allah satu masa nanti. Semoga Allah murahkan rezeki kami sekeluarga untuk pergi ke sana nanti. Amin....

Ingat 5 Perkara Sebelum Datang 5 Perkara
Muda sebelum tua
kaya sebelum miskin
Sihat sebelum sakit
Lapang sebelum sibuk
Hidup sebelum mati

Cuba perhatikan satu-satu perkara tersebut dan fikirkan sedalam-dalam makna yang terkandung disetiap perkara itu.
1. Sihat sebelum sakit – lakukan sesuatu yang berfaedah dan mendatangkan kebaikan kpd diri anda dan orang2 disekeliling anda semasa anda masih sihat.
2. Muda sebelum tua – waktu anda muda inilah saatnya anda berusaha mencari kemewahan disamping tidak lupa kewajiban anda kepada Maha Pencipta, kelak bila anda tua anda tidak lagi memikirkan hal duniawi.
3. Kaya sebelum miskin – Waktu anda kaya berharta itulah anda boleh menolong orang yang lebih susah drp anda kerana sedekah yang ikhlas akan jd bekalan anda menghadapNYA.
4. Lapang sebelum sempit – Waktu anda masih ada kelapangan inilah waktu yang paling sesuai mendalami ilmu agama untuk pedoman anda.
5. Hidup sebelum mati – Sesungguhnya sewaktu hidup semua 4 perkara di atas boleh anda lakukan..bila anda telah tiada hanya amal soleh,sedekah dan doa anak yang soleh yang mengiringi anda.
Sebagai Khalifah di bumi Allah ini saya sekadar mengingati kepada anda di luar sana dan tentunya kepada diri saya sendiri, mgkin difinasi sy tidak sama dgn anda, apapun difinasinya renungkan dan fikir2kanlah. Salam mesra.

Hanya tinggal kenangan...