klik-klik

Monday 11 July 2011

Happy Birthday To Me

Hari ni besday ummmi. Memandangkan hari ni besday ummi, ummi cuti menghabiskan masa dirumah. Birthday kali ni ummi dapat hadiah istimewa dari En suami. Terima kasih abang di atas hadiah yang diberi. Nak tau apa hadiah yang ummi dapat?...sila scroll kebawah...














Sempena bertambahnya umur ummi hari ni, ummi ingin menadah tangan memohon rahmat dari Illahi semoga ummi dilimpahi rezeki yang halal, kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, mohon dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah dan bertambah iman di dada.

Wednesday 6 July 2011

"Sedap ayang masak..."

Malu ummi nak cerita, tapi ummi seronok sangat bila en suami puji masakan ummi sedap. Siapa lagi nak puji kalau bukan suami sendiri kan? Walaupun cuma masak goreng kubis dan ikan goreng lada api sahaja. En Mahathir ni memang suka mengambil hati isterinya. Rajin pula menolong ummi melakukan kerja rumah dan menjaga Iqram bila ummi sibuk di dapur. Waktu malam pun rajin bangun malam buat susu Iqram. Jarang-jarang sangat ummi bangun malam buat susu Iqram. Beruntungnya ummi mempunyai suami sepertinya. Iqram pun beruntung mempunyai ayah sepertinya. Terima kasih abang, ayang sayang abang...

Monday 4 July 2011

Ujian buat Norma Dan Talib

Pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, baru sahaja memiliki seorang cahaya mata, namum amat berat dugaan yang ditanggung. Semoga Allah permudahkan segala urusan mu wahai saudara... Norma