klik-klik

Saturday 26 September 2009

Inilah kampungku

sebenarnya ni kampung ayah...tapi kira kampung umi jugaklah tu...beruntung umi sebab di kampung ayah masih ada sawah padi (umi suka sangat tgk sawah padi)....susah sekarang ni nak carik sawah padi kat N9 ni...lagi2 daerah Jelebu...mana nak carik pokok beras?..nnt Iqram kenallah pokok padi... ni gambar yang kami ambil masa cuti raya hari tu..Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah swt...mari kawan2 kita cuci mata tgk keindahan alam semula jadi ni..

Monday 21 September 2009

Hari Raya Aidilfitri

Tahun ni merupakan tahun pertama umi sekeluarga beraya bertiga...Tahun lepas 2 org jer..tapi tahun ni rasa seronok sangat sebab dah ada anak kan...tahun ni jugak umi dok kutip duit raya Iqram...raya tahun ni kami beraya di kampung ayah dulu...raya ke-2 baru balik kg umi...seronok sangat raya tahun..jalan2 dok kenalkan anak pada sedara mara...tahun ni tema kami warna coklat..semua beli dah siap...umi tak der masa nak jahit baju...ni gambar kami di pagi raya
Iqram tengah mengantuk tu baru bangun dari tido

Saturday 19 September 2009

Tupang Dagu

macam-macam gelagat iqram ni...sekarang musim dia dok tupang dagu...berat sangat agaknyer pipi iqram ni...tak leh nak tampung ngan leher...tupang dagu plak ngan tangan....meh kita cuci mata gambar iqram tupang dagu....

Wednesday 16 September 2009

Iqram dalam Baby Rocker

hari ni tak buat apa2..umi pun apa lagi keluarlah camera nak tangkap gambar Iqram buat kenangan.... masa ni Iqram tengah mood baik...so lepas bagi upah terus letak dia dalam baby rocker yg officemate ayah bagi (terima kasih pada officemate ayah sebab banyak bagi hadiah). Iqram pun main2lah dalam baby rocker tu sambil umi jadi cameraman. Pantang tgk umi keluarkan camera mesti dia pun nak posing sakan.. Iqram..Iqram...
intro...Iqram dah nampak umi pegang camera
susahnyer umi nak amik bear ni..
tgk umilah...

Saturday 12 September 2009

1 Step

Masa jemput Iqram dari rumah Mak Yati tadi.. Iqram nak tido..tengah mengamuk… hehehe kuat betul adik mengamuk sekarang yer… Mak Yati kata Iqram dah pandai menyala ker depan..dapatlah dia dua tiga tapak ke depan..balik tu umi pun apa lagi…testlah nk tgk betul ker dia dah pandai menyala…umi letak mainan dia kedepan skit..lepas tu dia pun apa lagi nak capailah tapi tak dapat. Pastu dia pun menyala lah nak capai mainan tu…Bagus adik…1 step kehadapan…pasni belajar merangkak plak yer…laju skit dikkk…

dari atas toto sampai atas lantai

klu nampak umi keluar camera mesti sibuk2 nak pandang....

Thursday 10 September 2009

Iqram & Ayah

Hari ni ayah gan kawan2 office nak pi berbuka dekat hotel. Bestnyer ayah dapat makan kat hotel. Sebelum pergi sempat pulak posing dulu. Kebetulan pakai baju sama warna dengan Iqram. Umi pun suruhlah ayah posing dengan anak teruna yg sorang tu.

Ayah senyum, tapi Iqram duk nganga2 mulut

Iqram 5 bulan

Hari ni Iqram gi cucuk tuk 5 bulan...berat badan hari 7.3 kg jer...naik 500 gram dari bulan lepas...masa cucuk tu Iqram tengah nangis..kesian dia mesti sakit sbb peha dia masa tu tgh keras sebab dia meronta...bengkak jgk peha dia balik tu...umi tuam ngan air suam... lepas gi buat monthly checkup tu kami bertiga teruslah ke Jusco Puchong... konon-konon nak carik walker Iqram...tapi tak der yg kenan....Umi ngan Ayah yg shopping baju raya...Iqram dapat baju tido sepasang... Lepas gi Jusco Puchong singgah kedai Anakku kat Giant bukit Putri tgk walker tapi mahai sungguh...terus ajak ayah pi kedai manjaku kat bangi.... sampai kedai tu banyak sungguh pilihan walker...mcm2 ada...murah pun murah....so dapatlah beli walker tuk Iqram akhirnyer...balik dari manjaku ajak ayah singgah Jusco Equine sebab umi minat 1 baju tu tapi tak der saiz...igt adalah saiz kat Jusco Equine tapi malang sungguh tak do jgk saiz nyer...tak perlah tak der rezeki umi nak pakai baju tu.... terus balik rumah...dari pagi sampai ke petang kita org jalan...mmg tak rasa lapar...tapi bila dah sampai rumah barulah rasa lapar...ni gambar Iqram naik walkersuker sangat dia...sampai juling mata

Friday 4 September 2009

Iqram tido

malam tadi sambil pusing2, golek2, akhirnyer...nilah cara Iqram tido... tak lemas ker Iqram?....aiiiii macam2 gaya dah tido sekarang ni yer. Ni ikut saperlah ni tido gaya ni?...layan jer lah Iqram..janji Iqram tak jatuh katil... nampaknyer lepas ni umi ngan ayah kena lebih berhati2 bila tinggalkan Iqram tido sendirian atas katil.. kena letak penghalang supaya Iqram tak jatuh katil... tengah tido ni..tapi dah macam org merajuk pun ada

Wednesday 2 September 2009

Iqram Batuk

pagi ni umi hantar adik umah Mak Yati. Sebelum hantar tadi adik dah bangun. Tiba-Tiba adik batuk berkahak plak...sian adik...dah 3 4 hari adik batuk...ingatkan tak melarat...tapi pagi tadi makin teruk plak..nasib baik doktor ada bekal ubat batuk tuk Iqram tu hari...umi bagi pada Mak Yati mintak tolong dia bagi Iqram pas num susu nnt...harap2 batuk adik cepat sembuhlah...umi tak simpan madu..klu ada boleh bagi adik...nnt balik kg nak suruh ayah beli. Umi nak bawak adik jumpa doktor pun susah sebab sorang2..adik tak pernah duk dalam car seat lagi...umi dah cakap ngan ayah suh ajar adik duk dalam car seat..nnt klu ada apa2 susah umi nak bawak adik..tapi ayah kata nnt dulu...nnt sampai bila pun tak tau..umi tak kira..umi nak ajar jgk adik duk dalam car seat...sorrylah klu ayah marah yer..bukan umi malas nak pangku Iqram...ayah tak der selalu outstation(akan datang pun tak tentu kerja ayah)...klu ada emergency mcm mana umi nak bawak Iqram? Cuba ayah bagi tau umi macam mana caranyer??????

Tips Temuduga

sajer nak share ngan kawan-kawan Tips menghadapai temuduga Temuduga merupakan teknik bagi memudahkan sesuatu pihak memahami dan mengenali diri seseorang. Dalam konteks pekerjaan, temuduga ditafsirkan untuk sesebuah majikan menilai diri seseorang itu sebelum beliau diambil bekerja atau berkhidmat dengan mereka. Objektif penemuduga Sebelum menghadapai temuduga, anda perlulah mengetahui objektif atau matlamat penemuduga. Ini adalah bagi memastikan diri anda berusahah untuk mencapai ke arah mtlamat itu. Biasanya penemuduga mahu melihat kebolehan anda berkomunikasi dengan baik. Ini adalah bagi melihat sejauh mana keyakinan anda dalam berkomunikasi dan teknik atau cara anda menyampaikan sesuatu. Seseorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dalam percakapan dan mampu menghantar matlumat yang mudah difahami kepada si pendengar akan menambahkan minat penemuduga terhadapat anda. Kepentingan ini adalah aplikasi dalam dunia pekerjaan anda yang memerlukan anda berinteraksi dengan individu atau kelompok lain. Selain itu, penemuduga ingin melihat sama ada anda mempunyai kelayakan yang bersesuaian ataupun tidak. Menerusi persoalan yang diajukan dan jawapan yang diberikan oleh anda, ianya melambangkan kelayakkan diri anda dalam melakukan pekerjaan itu. Penemuduga juga ingin melihat sejauh mana semangat dan komitmen diri anda dalam mencapai pekerjaan itu. Sekiranya anda tidak mampu menunjukkan keprihatinan anda terhadap temuduga itu dan hadir dengan keadaan tidak bersedia, ianya akan menyebabkan penemuduga menganggap anda tidak berminat dengan kerja yang ditawarkan. Perkara yang penting sekali ialah berkaitan perwatakan diri anda. Seseorang yang memiliki perwatakan menarik, mementingkan kekemasan dan kesempurnaan serta nilai moral yang tinggi mampu untuk menjatuhkan minat penemuduga terhadap anda. Sekiranya anda hadir temuduga dengan wajah yang bengis dan keterampilan diri yang buruk sudah pasti penemuduga telah ada jawapan gagal terhadap temuduga anda. Persediaan sebelum temuduga Jangal sambil lewa dengan temuduga yang bakal dihadapai dan jangan pula terlalu fokus. Fokus yang terlalu tinggi diberikan dalam persediaan menghadapai temuduga akan memberikan tekanan kepada diri anda dan juga ketakutan yang tinggi. Ini mampu menyumbang kepada kegagalan kerana kurang keyakinan diri. Sementara jika anda tidak mengambil endah pula akan menyebabkan anda gelabah dalam sesi temuduga itu dan pastinya gagal memberikan jawpan yang sempurna kepada penemuduga. Jadi cukuplah dengan persediaan untuk menghadapainya secara sederhana. Perkara pertama dan utama yang perlu anda bersedia ialah resume anda. Walaupun anda telah memberikan resume kepada pihak tersebut, tetapi anda diigatkan untuk membawanya juga bagi persediaan sekiranya diminta. Selain itu, pastikan pakaian yang lengkap untuk sesi temuduga tersebut telah disediakan dengan baik. Anda perlulah tenang sepanjang malam itu dan elakkan dari perkara – perkara yang boleh memberikan tekanan kepada anda berlaku. Jangan terlalu memikirkan mengenai temuduga itu kerana ianya menambahkan lagi ketakutan diri anda. Anda perlulah menyediakan dengan lengkap sijil – sijil dan transkrip akademik anda dan susunkannya dengan kemas di dalam fail atau sebagainya. Pastikan anda telah mempunyai jawapan dalam menceritakan mengenai diri anda. Ini adalah soalan wajib yang akan ditanyakan oleh penemuduga. Selain itu, anda perlu membuat kajian terhadapat syarikat tersebut dan sediakan soalan untuk diajukan kepada penemuduga itu nanti. Ini adalah bagi menunjukkan keprihatinan anda dan minat yang tinggi terhadap syarikat mereka. Yang terakhir pastikan wajah anda kemas tanpa jambang atau sebaginya dan memiliki rambut yang rapi. Persediaan semasa temuduga Pastikan diri anda telah cukup segala – galanya seperti yang telah ditekankan sebelum ini sebelum melangkah ke bilik temuduga. Jangan terus masuk ke bilik tersebut sebelum anda dipelawa. Masuk dengan tenang dan sampaikan salam atau ucapkan selamat sejahtera kepada penemuduga. Tunggu penemuduga ingin menghulurkan tangan dahulu untuk berjabat tangan dan pastikan anda berdiri pada waktu itu. Anda perlulah tunggu sehingga dijemput duduk dan duduk dengan perlahan tanpa bising. Selepas duduk jangan pula anda meletakkan barang dan tangan anda di atas meja kecuali disuruh berbuat demikian. Tolong pastikan mata anda tidak merayap untuk membaca surat – surat atau kertas yang terdapat di atas meja. Pastikan anda senyum dan ceria sepanjang masa. Apabila bercakap pandanglah wajah penemuduga itu dan jangan menyampuk ketika penemuduga sedang bercakap. Jangan amalkan makan gula getah ataupun gula – gula ketika sedang ditemuduga. Anda dinasihatkan supaya tidak berbohong dalam menjawab soalan – saoalan yang diajukan. Sekiranya anda benar – benar tidak tahu lebih baik anda berterus terang daripada anda berbohong. Anggapkan diri anda yang terbaik dan tonjolkan kelebihan – kelebihan diri anda. Ianya bukanlah untuk berlagak tetapi penting untuk menaikan nilai diri anda. Namun perlu ingat percakapan anda perlulah sopan dan tidak terlalu excited sehingga menjelikkan penemuduga. Ajukan soalan mengenai sayrikat tersebut dan jangan ajukan soalan yang sukar dan tidak mampu dijawab oleh penemuduga. Anda tidak perlu membantah sekiranyan terdapat percanggahan pendapat sebaliknya anda perlulah menyokong pendapat beliau. Tunggu penemuduga menamatkan sesi itu dan bangun untuk bersalam dengan penemuduga dan keluar dengan ucapkan salam lagi sekali. Perkara yang perlu dielakkan semasa temuduga Jangan terlalu berbangga – bangga dengan apa yang telah dicapai oleh anda. Cukup sekadar memberitahu sahaja. Jangan memandang rendah kepada penemuduga dan mengelak dari menjawab soalan penemuduga. Anda diansihatkan tidak menggunakan nama – nama orang besar bagi menyebabkan penemuduga berasa kagum dengan diri anda kerana perkara sebaliknya akan berlaku. Jangan sekali kala memerli penemuduga dengan jawapan anda dan mengatakan diri sendiri cukup sempurna untuk memiliki pekerjaan itu. Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia

Tuesday 1 September 2009

Outstation JB

Hari ni ayah kena gi JB...maybe dalam 1 week...tinggallah umi ngan Iqram berbuka n sahur 2 org jer...tapi kesian dekat ayah...mesti payah nak sahur n berbuka...nak buat cam ner ayah...klu boleh umi pun nak ikut ayah teman ayah berbuka n sahur...tapi umi kena keje...cuti nak simpan raya nnt...sorry yer ayah... Umi doakan ayah selamat pergi n selamat pulang.